Artikel
Quraisy Menyeksa Sahabat Muhammad bin Abdullah
oleh [email protected] pada 24 Feb 2010
Quraisy tetap terus mencerca dan menyeksa Muhammad bin Abdullah, namun strategi mereka mahu membunuh Muhammad gagal, mereka berkata. “Kita tiada jalan lain, kita sudah sekat orang dari luar Mekah mendengar dakwah Muhammad, sekarang kita perlu sekat orang Mekah pula. Yang sudah masuk Islam kita paksa mereka keluar daripada islam. Yang degil kita seksa. Yang hamba abdi, masing-masing tuannya seksa. Yang merdeka, masing-masing kaumnya seksa.”
Bermulalah era menyeksa sahabat-sahabat Muhammad. Antara yang diseksa adalah Bilal bin Rabah. Tuannya sendidir, Umayyah bin Khalf yang menyeksa Bilal. Dia membawa Bilal ke padang pasir di tengah panas matahari. Cuacanya sangat panas. Anginnya pun paans. Cahaya mataharinya membakar. Bahkan pasirnya pun panas.
Bilal dibaringkan tanpa baju dan diletakkan batu besar di atas dadanya. Bilal dirottan dan dipaksa keluar daripada agama Islam. Dia disuruh mencaci Muhammad. Bilal hanya menyebut. “Ahad, ahad.” Iaitu Yang Maha Esa, Yang Maha Esa.
Antara yang diazab adalah Yasir, isterinya Sumayyah dan anak mereka Ammar. Yasir dan isterinya syahid mempertahankan akidah. Selepas puas diseksa, mereka dibunuh di hadapan anak mereka, Ammar. Tetapi iman Ammar tetap kuat. Abu Jahal yang mengazab keluarga Yasir ini.
Ramai lagi para sahabat rasulullah yang diseksa Quraisy, mereka mahu menyakitkan hati Muhammad dan mengoyahkan iman pengikut Muhammad. Namun mereka tabah dengan seksaan yang menimpa dan tetap kukuh iman mereka.
Kenali peribadi dan perjalanan hidup seorang nabi mellaui pelbagai buku terbitan PTS. Layari www.pts.com.my/maulud.