Artikel

PTS x YADIM: Bakal Terbit Siri Komik Dakwah

oleh Hidaya Arshad pada 11 Oct 2019

Tarikh keramat 10.10, 10 Oktober 2019 mencatat sejarah bagi PTS Media Group Sdn. Bhd. dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) apabila satu memorandum perjanjian penerbitan siri komik dakwah ditandatangan oleh kedua belah pihak.

Memorandum perjanjian ditandatangan oleh Ustaz Nik Omar dan Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Memorandum perjanjian ditandatangan oleh Ustaz Haji Nik Omar dan Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Majlis yang berlangsung di pejabat YADIM di Putrajaya ini menyaksikan satu usahasama penerbitan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Ustaz Haji Nik Omar bin Nik Ab Aziz dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Penasihat PTS Media Group Sdn. Bhd. Acara ini turut dihadiri pegawai-pegawai dari YADIM dan pegawai-pegawai jabatan penerbitan dan jualan PTS.

Barisan pegawai-pegawai YADIM
Barisan pegawai-pegawai YADIM

Pegawai-pegawai dari PTS
Pegawai-pegawai dari PTS

Ketika menyampaikan ucaptama, Ustaz Haji Nik Omar menyatakan dakwah Islam bukan sahaja dari segi penampilan pakaian semata-mata tetapi dakwah agama Islam adalah keseluruhan kehidupan kita. Perpandukan falsafah inilah, kerjasama menerbitkan siri komik dakwah tercetus. Seiring dengan visi PTS untuk memandaikan bangsa, Prof. Emeritus Abdullah Hassan dalam ucapan beliau menyatakan sesuatu medium dakwah itu perlu mudah diperolehi dan konten medium itu perlu mudah difahami oleh sasaran audien. Dengan ini, nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca akan berhasil.

Siri komik dakwah di bawah label Komik-M ini bakal menemui pembaca pada Januari 2020 dan pelancarannya akan disempurnakan pada Mac atau April 2020 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024