Artikel

Quraisy Mula Berkeras dengan Islam

oleh [email protected] pada 22 Feb 2010

Apabila pelbagai usaha menyekat dakwah Nabi Muhammad tidak berhasil dan ajaran Islam semakin diterima pelbagai pihak,  mereka mula bertindak kasar dan melampaui batas. Mereka mula mengejek dan menghina-hina Nabi Muhammad terutama apabila beliau tawaf di Kaabah. Pada suatu hari, pembesar Mekah berpakat mahu memukul Nabi Muhammad. Apabila Muhammad datang ke Kaabah merela mula mengerumuni dan memukul Muhammad dari semua penjuru.

Siti Fatimah, anak Muhammad lalu di situ dan ternampak hal itu. Namun beliau tidak berdaya menolong ayahnya. Lantas, mengadu kepada Abu Bakar dan Abu Bakar terus berlari laju ke Kaabah. Dia masuk ke dalam kumpulan para pembesar itu dan mengeluarkan Muhammad sambil menangis. Abu Bakar berkata kepada Quraisy. “Adakah kamu mahu membunuh orang hanya kerana dia menyebut Tuhannya Allah. Hanya kerana ini kamu mahu membunuhnya.” Muhammad tetap bersabar.

Pada situasi yang lain pula, para pembesar Quraisy sedang duduk berdekatan Kaabah termasuk Abu Jahal. Setiap kali Muhammad berjalan di hadapan mereka, Abu Jahal mencerca dan mengutuk Muhammad dengan perkataan yang kesat dan tidak pernah ada sesiapa menyebutnya. Muhammad tetap sabar dan tenang.

Ketahui juga apa tindakan Hamzah bapa saudara Muhammad yang juga pahlawan tiada tandingan melawan Abu Jahal. Apa reaksi suku Makhzum dan suku Abu Jahal melihat Abu Jahal dipukul teruk oleh Hamzah. Keadaan ini berlaku semasa Hamzah belum memeluk Islam.

Baca lagi kisah berkenaan cercaan Quraisy pada Muhammad dan islamnya Hamzah pada muka surat 58 daripada buku Biografi Muhammad. Layari http://www.pts.com.my/maulud.
 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025