Artikel

Quraisy Mencabar Muhammad bin Abdullah

oleh [email protected] pada 22 Feb 2010

Muhammad bin Abdullah meneruskan dakwah singa dan malam tanpa rehat. Sampai suatu masa, Quraisy datang lagi berjumpa Muhammad, mereka mengajak berbincang lagi. Muhammad yang bijaksana menghadapi kaumnya menerima ajakan mereka.

Mereka bertanya. “Wahai Muhammad, kamu mengaku kamu Rasul, tunjukkan kepada kami mukjizat (iaitu kelebihan yang luar biasa) kamu seperti nabi-nabi sebelum kamu, supaya kami dapat beriman dengan kamu.

Muhammad berkata. “Aku diutuskan dengan al-Quran.”

Walid orang yang paling fasih antara kalangan mereka mengakui al-Quran adalah mukjizat. Tiada kata-kata yang dapat menandinginya.

Mereka berkata. “Kami mahu kamu mengeluarkan mata air di Mekah ini. Supaya kami senang mendapat air dan Mekah menjadi subur dan hijau.”

Muhammad berkata. “Itu urusan Allah. Kalau Allah mahu Allah boleh lakukan.”

Pelbagai lagi permintaan mereka kepada Muhammad bin Abdullah seperti, menghidupkan ayah-ayah dan datuk-datuk mereka yang mati, mahu melihat malaikat, menafikan Muhammad kerana beliau miskin dan mereka takut mereka melarat, mencabar Muhammad supaya mengazabkan mereka dengan menjatuhkan langit seketul-seketul ke atas mereka.

Muhammad tidak menjawab persendaan mereka ini kerana mereka bukan hendak beriman tetapi hendak mempersendakan Muhammad dan Tuhan.. Baca lagi berkenaan situasi Muhammad berdepan dengan mereka dan Allah menerangkan melalui surah al-Isra` ayat 59 dan  Jibril datang membantu Muhammad.

Kenali peribadi seorang nabi melalui buku-buku terbitan PTS antaranya buku Biografi Muhammad dan dijemput melayari http://www.pts.com.my/maulud.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025