Artikel

Rahsia Ibu Gembira Dalam The 10 Habits of Happy Mothers

oleh Ijat Halim pada 06 Apr 2020

Setiap ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Keinginan untuk menjadi ibu yang hebat adalah matlamat yang mulia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bergelar ibu supaya anak-anak mereka berjaya pada masa hadapan. Namun, terdapat segelintir ibu mula mengeluh dan menganggap diri mereka telah gagal apabila harapan sejak dulu untuk anak-anak mereka tidak tercapai. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti daripada golongan ibu di negara kita berharap anak-anak mereka akan menjadi seorang doktor. Hakikatnya, apabila semua orang menjadi doktor, bagaimana pula dengan pelukis, pemandu bas, posmen dan yang lain?

Golongan ibu perlulah sedar dan ambil serius mengenai perihal ini bahawa setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Memadai mereka menjadi insan yang memberi sumbangan kepada masyarakat ketika dewasa kelak dan tidak menjadi ‘sampah masyarakat’. Namun begitu, latihan dan pusat penyebaran ilmu untuk menjadi seorang ibu tidak wujud di universiti dan juga di institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, PTS baru sahaja menerbitkan sebuah buku terjemahan bertajuk The 10 Habits of Happy Mothers tulisan Meg Meeker, M.D. untuk membantu golongan ibu agar menjadi ibu yang cemerlang. Berikut antara sebab buku ini dapat dijadikan manual ibu hebat:

Sesungguhnya menjadi seorang ibu adalah amanah. Penulis syorkan bahawa buku ini amat sesuai kepada ibu dan bakal ibu untuk membina rumahtangga yang harmoni. Jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dengan anda!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024