Artikel

Rancak Bersama Komik-M

oleh Syaidatul S. pada 31 Jan 2022

Pada pandangan anda, adakah anda berpendapat komik merupakan bahan bacaan yang berfaedah atau tidak berfaedah? Tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang sangsi dengan bahan bacaan komik untuk anak-anak. Antara faktor kebimbangan mereka adalah komik disangkakan mempunyai kandungan yang tidak bermanfaat, menggunakan laras bahasa rojak, hanya hiburan semata-mata dan terdapat unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan. Benarkah komik sememangnya merupakan bahan bacaan yang tidak berfaedah?

Bermula tahun 2008, Komik-M sebuah imprint syarikat penerbitan gergasi PTS Media Group sentiasa berusaha untuk mengubah persepsi serong ibu bapa terhadap komik. Setiap komik terbitan Komik-M merupakan 100% buatan kartunis dan idea lokal. Panduan utama yang menjadi garis panduan penghasilan komik terbitan Komik-M adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan patuh syariah.

Komik-komik terbitan Komik-M juga ditawarkan dengan harga yang rendah bermula RM6 sehingga RM30 (edisi khas). Penawaran harga yang rendah dapat menambah lagi kuasa membeli pembaca terutamanya generasi Z yang ingin mencari bahan bacaan ringan dan murah sebagai permulaan memupuk rasa minat untuk membaca.

Bermula 15 Disember 2021 sehingga 31 Januari, Komik-M telah memulakan kempen Rancak Bersama Komik-M dengan menawarkan 3 item istimewa: beg non-woven dengan 5 desain terbaru, kalendar tahun 2022 Komik-M dan penanda buku Komik-M kepada kaki komik yang membuat pembelian minimum 3 buah komik daripada mana-mana tajuk Komik-M termasuk edisi bumper.

Setiap desain bagi kelima-lima beg non-woven telah dicetak dengan kuantiti yang terhad. Hanya 1000 unit bagi setiap desain. Ini menjadikan beg non-woven ini semakin istimewa dan hanya akan dimiliki oleh mereka yang membuat pembelian terawal semasa stok masih ada.

Berikut merupakan 5 judul komik yang terpilih menjadi desain pada beg non-woven 2021 Komik-M:

1. Adiwira Bumper #1: Aura Ganda Kuasa oleh Ash Kun

2. Ultra Qalif Bumper #2: Kuasa Kuara oleh Bophairy

3. Kartini Memori oleh Tembakau

4. Aku, Kau & Meow oleh Artis-artis Komik-M

5. Lawak Budak Sekolah : Bumper (Perhimpunan) oleh Poyo

Kepada semua kaki komik dan ibu bapa yang ingin mendapatkan bacaan santai tetapi berfaedah buat anak-anak, dapatkan koleksi Komik-M di kedai-kedai buku berhampiran dan secara dalam talian beserta beg non-woven edisi terhad secara percuma. Selagi stok masih ada! Semoga lebih ramai ibu bapa yakin dengan komik sebagai bahan bacaan bermanfaat dan menghiburkan buat anak-anak.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024