Artikel

Buya Hamka: Ulama Ensiklopedik

oleh Nadirah Hanis pada 08 Feb 2022

Siapa yang tidak mengenali HAMKA, seorang ulama dan sasterawan terulung nusantara? Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA, lahir pada 16 Februari 1908 di Maninjau, Indonesia. Beliau juga disegani oleh masyarakat sebagai ulama ensiklopedik yang sering menjadi teladan dan rujukan dalam bidang agama Islam.

Lebih daripada 20 buah judul HAMKA telah diterbitkan oleh PTS yang terdiri daripada novel fiksyen, falsafah, sejarah, Tafsir Al-Azhar dan karya-karya penulis lain yang mengulas tentang tafsir Al-Quran HAMKA. Karya-karya pengarang terkemuka ini juga sering menjadi antara buku terlaris yang terjual di kedai-kedai buku dan pesta buku walaupun sudah lama diterbitkan.

Pada tahun 2020, PTS telah berjaya menerbitkan kesemua 30 juzuk Tafsir Al-Azhar karangan HAMKA yang telah mengambil masa 4 tahun sejak mula diterbitkan pada tahun 2017. Dengan harga yang berpatutan, cetakan berkualiti dan susun atur yang mudah dibaca, set Tafsir Al-Azhar terbitan PTS sering mendapat perhatian oleh penggemar dan pengumpul tafsir al-Quran HAMKA. Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa set 30 juzuk ini adalah yang termurah yang boleh didapati di pasaran dalam bahasa Melayu.

Novel-novel fiksyen sastera HAMKA juga sering menjadi sebutan penggemar HAMKA kerana bahasanya yang puitis, tema dan isu yang digarap dalam novelnya begitu istimewa dan membumi dalam kalangan masyarakat. Karya-karya sastera ini turut dijelmakan ke dalam bentuk filem, teater dan seni oleh sebab keunikan hasil tulisan HAMKA. PTS turut mengambil peranan dalam menerbitkan 5 buah judul novel beliau iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Ka’bah, Merantau Ke Deli, Tuan Direktur dan Ayahku.

Istimewa sempena bulan kelahiran HAMKA pada Februari 2022 ini, PTS menawarkan kempen promosi Buya Hamka: Ulama Ensiklopedik yang menampilkan judul-judul terlaris HAMKA beserta hadiah percuma penanda buku dan kad mutiara kata HAMKA. Kumpulkan 4 desain istimewa apabila anda membeli mana-mana buku dalam promosi ini di kedai-kedai buku terpilih. Hadiah eksklusif ini terhad sekeping untuk setiap pembeli, selagi stok masih ada. Jadi, jangan lepaskan peluang!

Dapatkan buku, penanda buku dan kad mutiara kata bermula 1 sehingga 28 Februari 2022 di mana-mana kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, Hasani, dan lain-lain. Mahu mendapatkannya secara atas talian? Dapatkan di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Ini merupakan peluang berharga bagi peminat-peminat HAMKA untuk mengumpul karya-karya keemasannya. Jika anda belum pernah membaca mana-mana karya HAMKA dan ingin tahu mengapa karyanya sering disebut-sebut sepanjang zaman, inilah masanya untuk mula mengenali HAMKA melalui penulisannya. Selamat membaca!

#bulanHAMKA #HAMKA #BuyaHamka #ulamaensiklopedik #Hamkaulamaensiklopedik #cabaranbacaHAMKA #bookstagram #bibliophile #bookworm #readingchallenge #bukupts #nadiperjuanganbahasa #22tahunmemandaikanbangsa

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025