Artikel

Rekomen Buku Untuk Ibu Anda

oleh Farah Liana Nordin pada 11 Aug 2022

“Ibu, sempena Hari Ibu tahun ini, saya mahu hadiahkan ibu sesuatu yang istimewa! Tadaaaa! Buku-buku yang sangat menarik! Pasti ibu suka!”

Anda mahu berikan kelainan buat ibu kesayangan anda kali ini? Mari hadiahi mereka dengan buku-buku ini. Pasti ibu senyum sehingga ke telinga.

Terdapat pelbagai genre menarik bagi memenuhi selera ibu anda, daripada genre keibubapaan, kewanitaan, resipi, gaya hidup dan macam-macam lagi.

1. Siri Pendidikan Anak Dalam Islam

Anak-anak bukan sahaja anugerah tetapi merupakan amanah. Pelbagai aspek perlu dilihat dalam mendidik anak baik dari sudut peribadi, psikologi dan sosial. Pendidikan anak ini bahkan perlu dimulakan sejak di awal perkahwinan lagi. Baik acuannya maka baik juga hasilnya. Buku berjilid ini memberi panduan pendidikan anak dalam Islam.

2. Strong Mothers Strong Sons - Edisi Bahasa Melayu

Anak lelaki sering kali digambarkan sebagai orang yang kuat dan hebat namun di sebalik figura itu, adanya peranan seorang ibu. Ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya. Mereka merupakan guru pertama yang mengajarkan kehidupan. Baik acuannya maka baik juga hasilnya. Buku ini memberikan panduan yang jelas kepada para ibu dalam memahami dan mendidik anak dengan baik.

3. The 10 Habits of Happy Mothers - Edisi Bahasa Melayu

Impian terbesar bagi seorang ibu sudah pasti ingin melihat keluarganya bahagia. Pelbagai usaha dilakukan agar dapat membahagiakan orang yang tercinta sehingga ada kala mereka sanggup mengabaikan diri sendiri dan ini sebenarnya merupakan satu fahaman yang salah. Bahagia itu bermula dengan diri sendiri dan apabila ibu itu sendiri bahagia, ia dapat menyebarkan aura yang positif secara tidak langsung kepada ahli keluarganya.

4. How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu

5. How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School - Edisi Bahasa Melayu

6. Siblings Without Rivalry

Melihat anak-anak membesar di depan mata merupakan hal yang terindah bagi mereka yang bergelar ibu. Melayani ragam anak menjadi pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Namun apakah persediaan bagi menghadapinya? Koleksi buku keibubapaan ini berkongsi ilmu yang perlu dikuasai oleh mereka yang bergelar ibu bapa dalam menghadapi ragam anak.

7. Berjuang Urus Emosi

Memegang gelaran ibu merupakan antara momen yang terindah. Menjadi ibu bukan hanya mengubah status namun kehidupan kita akan turut sama berubah, baik dari segi fizikal juga mental. Buku ini sesuai dibaca buat para wanita sebagai persediaan menjadi seorang ibu.

8. Kod Kepimpinan Perempuan

Kekuatan seseorang itu bukan hanya dinilai daripada kekuatan fizikal sahaja kerana setiap orang mempunyai kekuatan yang berbeza. Buku ini ditulis khusus buat para wanita dalam meneroka kekuatan dan meningkatkan nilai diri yang selama ini tersembunyi dek rasa rendah diri.

9. Projek Muhammad

“Sejak kelahiran Muhammad, saya semakin mengambil tahu tentang keperluan anak-anak istimewa. Bukan sahaja saya mengambil tahu, tetapi saya semakin teruja berkongsi dengan orang ramai berkenaan penjagaan mereka.” Ketahui perkongsian Mama Tiyah menjaga anak istimewanya.

10. Siri 100% Muslimah

Cabaran zaman moden hari ini bukan kepalang. Era digital membenarkan setiap apa yang dianggap mustahil sebelum ini, semuanya kini hanya di hujung jari. Dalam mendepani cabaran ini, kita perlu berpegang teguh pada tali Allah. Buku ini boleh dijadikan panduan dan teman penyelamat buat mereka yang bergelar muslimah.

11. Siri Kembara Menuju Allah

Dalam menelusuri liku kehidupan, ada masanya kita seakan hilang arah. Teraba-raba mencari hikmah di sebalik ujian yang datang tanpa henti. Buku ini membantu dalam memujuk hati yang berkeluh-kesah. Ia memandu kita semua untuk kembali hidup bertuhan terutamanya buat wanita yang merasakan hidup ini sudah tiada erti dan berasa sendiri.

12. Siri 77 Resipi

Menjalani rutin yang sama adakalanya membosankan namun ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kelainan dilakukan. Begitu juga dengan rutin memasak. Pasti para ibu sudah jemu dengan masakan yang sama diulang-ulang. Koleksi buku ini berkongsi resepi yang mudah dan praktikal. Para ibu boleh mencuba resepi baru untuk dihidangkan kepada insan tersayang.

Dapatkan di pasaran sekarang.

#selamathariibu #hariibu #mothersday #bukuuntukibu #rekomenbuku #bookrecommendations #parenting #motivasi #resipi #minimalis #bukupts #nadiperjuanganbahasa #22tahunmemandaikanbangsa

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024