Artikel

Review Buku: Minimalis

oleh Waridah Lothpi pada 23 Jun 2022

“Tanpa sedar, kesibukan mengurus rumah dengan kurang efisien secara tak langsung mempengaruhi perkara penting seperti ibadah. Hanya picisan masa diberikan untuk acara penting ini.

Kerap kali dijadualkan solat pada hujung waktu. Dilaksanakan membaca Al Quran tergesa-gesa. Kesibukan urusan terhadap kebendaan akan mengehadkan tumpuan kita kepada ibadah yang sepatutnya.”

“Kita ini dimiliki oleh objek yang kita miliki. Sebagai contoh, memiliki perabot atau perkakas yang banyak di rumah menyebabkan kita perlu bertanggungjawab terhadapnya.

Sibuk mengemas dan merapi bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk.”

Petikan buku “Minimalis”. Bagus bukunya. Fokus pada ‘big why’ perlunya jadi minimalis. Kebanyakan kita bukan ke selalu fokus pada proses ‘how’ semata-mata? Itu yang tak terbilang jumlah grup kemas rumah di mana-mana.

Minimalis ialah cara hidup sederhana dan sekadarnya. Dan ia tidak terhad pada urusan kemas rumah saja. Cara uruskan fikiran dan urusan gajet pun termasuk.

Saya sukakan gaya bahasa penulis. Cuma jika ditambah gambar-gambar contoh, mungkin akan jadi lebih bermakna.

Seluruh buku dipenuhi teks, dan hanya sedikit lakaran hiasan. Pembaca perlu kerja keraslah sedikit untuk gambarkan dalam kepala.

Mungkin juga sengaja tak diletakkan gambar, supaya konten buku dapat disesuaikan dengan diri sendiri. Tidaklah sibuk nampak gaya rumah orang lain, rasa nak tiru dan keluar bajet untuk deko. Tak tercapai objektif buku pula.

Teringat rumah yang pernah disinggahi ketika di Holland tahun lepas. Sangat ringkas dan senang untuk disusun atur.

Sumber: Facebook Waridah Lothpi

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024