Artikel

Saksikan Penulis Buku Tip Sedikit Dapat Banyak di MHI

oleh Roziyah pada 28 Sep 2010

Penulis buku Tip Sedikit Dapat Banyak bakal tampil di rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 bagi membincangkan buku Tip Sedikit Dapat Banyak.

Penulisnya Tuan Mohd Razali Kamarudin bakal mengulas mengenai motivasi diri, proses belajar harian, amalan kerohanian dan banyak lagi tajuk daripada buku tersebut.

Rancangan yang disiarkan pada 30 Septemper ini juga memberi peluang kepada penonton mengetahui tip menarik yang dipetik daripada buku Tip Sedikit Dapat Banyak.

Menurut Tuan Razali yang dihubungi wartawan PTS, beliau juga akan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh pengacara program.

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran langsung rancangan MHI pada 30 September ini jam 8 pagi bagi yang pastinya memberikan informasi berguna kepada penonton.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025