Artikel

Sasterawan Negara Lancar Novel Tok Kenali

oleh Roziyah pada 15 Jul 2011

Bagi menghargai tokoh ulama terkemuka yang membangunkan pemikiran umat Islam Nusantara, PTS dengan kerjasama KDU Universiti Kolej akan melancarkan buku novel sejarah, Tok Kenali.

Lebih menarik, buku hasil tulisan Nor Hayati Ridhwani ini juga akan dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said.

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 18 Julai ini bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari di KDU Universiti Kolej.

Cikpuan Nor Hayati yang juga cicit kepada tokoh ulama terkenal rasa terpanggil bagi menulis kisah moyang beliau supaya keturunan Tok Kenali dapat mencontohi kehidupan Tok Kenali dalam menuntut dan membangunkan ilmu.

Rakan penulis dan peminat buku sejarah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran novel sejarah tokoh ulama terkemuka di Nusantara ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024