Artikel

Sasterawan Singapura Bantu Promosi Buku PTS

oleh Roziyah pada 24 Sep 2010

 

Tuan Anuar Othman mempromosikan buku-buku PTS dalam majalah terbitan syarikat beliau. 

 

Demi memandaikan bangsa Melayu, seorang sasterawan Singapura mengambil langkah mempromosikan buku PTS yang mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi di Singapura.

Tuan Anuar Othman yang juga seorang penulis memilih buku-buku keluaran PTS bagi disebarkan kepada penduduk di Singapura.

Beliau menggunakan landasannya sebagai seorang penulis di Singapura dengan mengulas buku-buku keluaran PTS dan disiarkan di dada akhbar Singapura.

 

Tuan Anuar mengulas buku PTS terpilih dan disiarkan di akhbar keluaran Singapura.

 

Menurut Eksekutif Jualan, Tuan Mohamad Izzat Kamaruddin, promosi yang dilaksanakan oleh sasterawan Singapura ini sekaligus memberi maklumat kepada pembaca buku-buku bahasa Melayu di Singapura.

Terbaru, Tuan Anuar Othman mengulas buku PTS yang bertajuk Bacakan Saya Satu Cerita: 33 Kisah Sejarah Melayu tulisan Ajikik.

Beliau dalam tulisannya berpendapat buku Sejarah Melayu ini telah dipermudahkan oleh penulis agar ia lebih menarik dibaca kanak-kanak.

Buat maklumat, masjid di Singapura telah memperuntukkan sebahagian wang bagi pembangunan perpustakaan masjid. Tuan Anuar Othman selaku salah seorang ahli jawatankuasa masjid telah mengambil kesempatan itu meletakkan buku-buku PTS di masjid di Singapura.

Tuan Anuar Othman juga mempromosikan buku-buku PTS dalam majalah CERDIK terbitan Anuar Othman & Associates Media Enterprise, iaitu syarikat beliau sendiri.

 

Tuan Anuar turut menawarkan hadiah buku PTS kepada pembeli majalah CERDIK keluaran syarikat beliau.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025