Artikel
Seminar ‘Law of Attraction’ RM399 Hanya Melalui PTS
oleh Helmi pada 19 Oct 2009
Penulis buku ‘bestseller’ dan terkenal dunia, Michael J. Losier bakal berkunjung ke Malaysia sempena siri seminar ‘The Law Law of Attraction’ Jelajah Malaysia. Ini adalah kunjungan kali kedua beliau ke Malaysia bagi mempromosikan buku beliau The Law of Attraction dan The Law of Connection selepas berbuat demikian kali pertama pada 2008.
Beliau turut akan mempromosikan buku beliau yang sudahpun diterjemah ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh PTS pada 2009 berjudul Hukum Tarikan. Selepas melihat kejayaan jualan buku pertama beliau edisi bahasa Melayu yang kini sudah masuk cetakan ketiga, beliau terus memberi kepercayaan buat PTS menerbitkan buku kedua beliau The Law of Connection dalam bahasa Melayu. Buku ini masih dalam proses terjemahan dan bakal terbit sedikit masa lagi.
Bagi peminat-peminat buku PTS, anda berpeluang menghadiri Seminar 'Law of Attraction' oleh Michael J. Losier pada harga yang istimewa RM399. Harga biasa bagi menghadiri seminar ini ialah RM899. Terhad untuk 30 orang pertama sahaja. Satu sesi khas antara Michael J. Losier dan 30 peserta ini turut akan diatur bagi memberi peluang mereka berinteraksi secara lebih dekat lagi.
Bagi anda yang berminat hendak belajar sendiri dengan Michael J. Losier mengenai ‘Law of Attraction’, jangan lepaskan peluang menyertai seminar pada tarikh-tarikh seperti di bawah.
31 Okt. 2009 (Sabtu) - Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
7 Nov. 2009 (Sabtu) - Penang Skills Development Centre, P. Pinang
14 Nov. 2009 (Sabtu) - Four Points by Sheraton, Kuching
Dapatkan maklumat lanjut dan muat turun borang pendaftaran di http://www.bookcafe.com.my/en/seminar-law-of-attraction-michael-j-losier/