Artikel

Seminar Penulisan Universiti Malaya

oleh Helmi pada 25 Oct 2004

Pada 14/10/04 yang lalu, satu seminar penulisan akademik telah diadakan. Seminar anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd telah menarik minat ramai pensyarah dari pelbagi fakulti untuk turut hadir. Selain pensyarah dari pihak penganjur, turut hadir adalah pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Perubatan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti sains Sukan dan Rekreasi dan Akademi Pengajian Islam. Selain pensyarah jabatan, turut hadir pensyarah maktab, pelajar dan orang perseorangan.

Seminar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang. Turut diterangkan adalah Teknik Menulis untuk Orang yang Sibuk. Puan Sheena Kaur dari Fakulti Bahasa & Linguistik mengucapkan terima kasih kepada En. Fauzul & PTS kerana memberi satu bengkel yang merupakan `eye-opener’ terutama kepada pensyarah-pensyarah sepertinya yang mempunyai banyak idea tetapi tidak mempunyai masa untuk membukukan idea-idea tersebut.

Bertempat di Bilik Didik, Fakulti Pendidikan bengkel ini menerima kehadiran peserta yang majoritinya adalah pensyarah. Antaranya dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Bahagian Fizik, Pusat Asasi Sains, Institut Sains Matematik, Jabatan Geologi, Bahagian Bionformatik, Unit Sains Kejururawatan, Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan, Jabatan Sains kesihatan Sekutu, Jabatan kejuruteraan awam, Jabatan perubatan Molekul, Jabatan Ukur Bahan.

Rata-rata peserta yang hadir melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada penganjur kerana mengadakan seminar penerbitan yang lain daripada biasa diadakan. Walaupun ada yang mempunyai urusan rasmi, mereka tetap memanfaatkan masa yang terluang mengikuti slot yang sempat dihadiri walaupun terpaksa keluar masuk seminar.

Maklum balas yang diterima juga amat memberansangkan. Dr. Loh Sau Cheong dari Jabatan Psikologi Pendidikan berkata, “Saya dapati bengkel tersebut amat menarik, memberangsangkan dan memberi banyak manfaat”. Mereka mencadangkan agar diadakan pula seminar adaptasi sebagai kesinambungan daripada seminar ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024