Artikel

Seminar Rahsia Buat Duit dengan Internet di Berjaya Times Square

oleh Helmi pada 25 Jul 2006

Semasa bersalaman sesama peserta seminar hari itu yang seramai 49 orang, saya dapat lihat masing-masing puas hati dan tidak sabar-sabar hendak memulakan bisnes internet masing-masing. Manakan tidak, seminar yang diisi dengan 4 modul utama itu, penuh dengan pelbagai rahsia yang didedahkan oleh Syazwan dan Sabri. Banyak juga tip-tip yang didedahkan tiada dalam buku yang mereka berdua tulis. Hanya didedahkan dalam seminar sahaja.

Buku mereka yang saya maksudkan ialah Rahsia Buat Duit dengan Internet diterbitkan oleh PTS Professional. Mereka masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Petronas. Buku mereka yang mula berada di pasaran April lepas mendapat sambutan begitu luar biasa sehingga sudah masuk cetakan kedua bulan Julai ini. Saya berpendapat buku mereka laris sebab di dalam buku itu ada disertakan VCD tutorial percuma yang memberi panduan langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes internet. Memang sesuai untuk individu yang baru hendak kenal internet.

Antara rahsia yang didedahkan oleh anak muda berdua ini ialah bagaimana memilih produk yang mendapat sambutan tinggi di pasaran internet, model perniagaan internet bagaimanakah yang sesuai dan menguntungkan, bagaimana cara hendak menerima bayaran daripada pembeli terutamanya di peringkat antarabangsa, bagaimana teknik pemasaran yang efektif dan banyak tip-tip lain lagi.

Sepanjang seminar, saya sempat berkenalan dengan beberapa peserta. Antaranya Tuan Hj. Salleh Reduan. Tak sangka pulak saya tuan haji ini begitu berminat dengan bisnes internet. Bukan apa, umurnya saya rasa lebih senior daripada ayah saya sendiri. Lebih kurang 60-an. Beliau beritahu saya, beliau datang dari Kuching, Sarawak. Beliau ambil flight awal pagi seminar itu, sampai airport terus ambil cab ke tempat seminar. Lepas seminar, malamnya pulak terus ambil flight balik Kuching semula. Memang bersemangat Tuan Haji Salleh. Macam-macam soalan yang beliau tanya. Rupanya beliau jenis orang yang celik IT juga. Ada bisnes kafe dan restoran di sana. Bergiat juga dalam bisnes MLM. Dan beliau memang ada laman web sendiri. Datang seminar semata-mata hendak mendalami ilmu berkaitan bisnes internet.

Sebelum sampai ke tempat seminar pagi sabtu itu, saya tertanya-tanya juga tentu yang hadir seminar nanti terdiri daripada individu yang sudah lama mengenali dunia internet. Cuma hendak mendalami ilmu lebih lagi bagaimana hendak buat bisnes internet pula. Rupanya saya silap. Tidak semua yang hadir itu orang bijak pandai dalam internet. Ada yang baru merangkak-merangkak pun ada. Namun Syazwan dan Sabri berjaya menyampaikan isi seminar dengan baik supaya semua peserta faham. Peserta pula datang dari serata Malaysia. Ada yang dari Alor Setar, Kuching, Johor Bahru, Kota Bharu dan lain-lain lagi.

Satu lagi saya puji ialah makanan dan minuman sepanjang hari itu. Menunya best-best belaka. Pilihan makanan tengaharinya macam-macam. Sampaikan saya tidak tahu hendak makan apa. Memang berbaloi dengan kadar bayaran seminar itu.

Kepada anda yang hendak belajar bagaimana buat bisnes internet, saya dimaklumkan akan ada satu seminar lagi yang akan diadakan 19 Ogos nanti di tempat yang sama. Seminar ini dianjurkan sendiri oleh anak muda berdua ini dan dikendalikan oleh SaifulSham Consultants. Bagi maklumat lanjut dan pendaftaran, tuan/puan boleh melawat laman web berikut di http://www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm.

Akhir sekali, tahniah buat Syazwan dan Sabri. Ilmu yang anda kongsikan cukup bermakna kerana ianya mengajar peserta bagaimana buat real business di internet. Maknanya ada produk yang hendak dijual. Bukan sekadar sertai program affiliates yang mempromosikan produk orang lain.

Kepada Syazwan dan Sabri, saya ucapkan terima kasih atas ilmu dan rahsia yang dikongsi. Semoga anda berdua sukses.


Catatan oleh,

Nazrul Samsudin
Pengurus
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025