Artikel

Seperti Bagai Dikata

oleh Helmi pada 27 Aug 2004

Seperti Bagai Dikata

Dalam bab ini diterangkan pengenalan kepada perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang kita gunakan dalam komunikasi harian melalui pembacaan atau percakapan. Seperti ayat di atas,  ayat ini terbentuk daripada beberapa perkataan.

Ayat ialah pembentukan beberapa perkataan yang munasabah dan dapat difahami ataupun penyusunan perkataan-perkataan yang membawa maksud yang juga dapat difahami. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ayat di atas adalah:
Saya
Berminat
Untuk
Belajar
Bahasa Inggeris
Tetapi
Tidak
Tahu
Cara
Yang
Paling
Berkesan
Sehinggalah
Membeli
Buku
Ini

Pembahagian Perkataan atau Part of Speech
Perkataan-perkataan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut maksudnya iaitu:
Perbuatan - Verbs
Kata nama - Nouns
Kata keterangan kepada nama - Adjectives
Kata keterangan kepada perbuatan - Adverbs
Sendi nama - Prepositions
Kata hubung - Conjunctions
Ganti nama - Pronouns

Perbuatan (Verb)
Maksud:
Dalam bahasa Inggeris perbuatan ialah ‘verb’ yang membawa maksud tindakan atau keadaan.
Contoh: Tindakan (lari, menyanyi, makan, tidur).
Keadaan (ada, jadi (being))

Contoh ayat
Bahasa Inggeris: He walks to school
Bahasa Malaysia: Dia berjalan ke sekolah.
Bahasa Inggeris: Where are you?
Bahasa Malaysia: Di mana awak berada?

Perbincangan lanjut tajuk ini dimuatkan dalam Bab ‘Yang Susah itu Sedikit.’

Kata nama (Nouns)
Maksud:
Dalam bahasa Inggeris kata nama ialah ‘nouns’ yang membawa maksud nama bagi orang, tempat atau benda (persons, place or things)
Contoh: Siti Nurhaliza, perempuan, taman bunga, basikal, arnab, kegelapan, kesihatan, pemilihan

Jenis: 
Kata nama khas: Proper Nouns
Nama-nama orang tertentu, tempat tertentu tertentu.
Contoh: Siti, Pulau Pinang, Christmas.
Kata nama kumpulan: Collective Nouns
Nama-nama kumpulan benda yang dianggap sebagai keseluruhan.
Contoh: Pasukan, (team) kumpulan (collection), orang ramai (crowd)
Kata nama abstrak: Abstract nouns
Kata nama merujuk kepada kualiti, keadaan minda, pe-rasaan ataupun tindakan (kesemuanya hanya dapat di bayangkan dan tidak dapat di lihat dengan mata)

Contoh; Tenaga (energy) perhatian (attention) dosa (sin) marah (anger)
Kata nama biasa (nama Am): Common nouns
Kata nama yang tidak termasuk dalam ketiga-tiga kategori diatas.
Contoh: Pencil (pensel), book (buku), wine (arak), water (air).

Sedikit fakta lain mengenai kata nama: 
Satu (Singular) dan Banyak (Plural)
Jantina: Contoh; hero-heroin, widower-widow, manager-manageress
Kepunyaan
Peraturan ringkas Singular & Plural
Dalam keadaan nama-nama biasa untuk satu tiada ‘s’ untuk banyak ditambahkan ‘s’
Contoh: Book (satu buku) – books buku-buku)
Pengecualian daripada peraturan 1:
Kata nama yang berakhir dengan bunyian ‘ess’ (hissing sound) hanya tambahkan ‘es’ dihujungnya.
Contoh: Ash-ashes, loss-losses, 

Kata nama yang berakhir dengan _f dan ef dengan menukarkan _f dan ef kepada _ves. 
Contoh: Knife-knives,  half-halves.

Kata nama banyak yang tiada peraturan tertentu:
Contoh: Child-children,  ox-oxen,  man-men,  mouse-mice,  foot-feet.

Kata nama yang berakhir dengan konsonan _y ditukarkan dengan _ies.           
Contoh: Ally-allies, country-countries.

Kata nama yang sama dalam keadaan satu ataupun banyak.
Contoh: Sheep, swine, deer

Kata nama yang tidak mempunyai kata nama banyak
Contoh: Trousers, scissors, dregs, mathematics.

Peraturan untuk kepunyaan
Tambahkan ‘s (koma di atas dan s) selepas kata nama bagi menerangkan kepunyaan satu nama.
Contoh: Tiket kepunyaan penumpang itu: The passenger’s ticket.
Tambah koma diatas (s’) selepas kata nama yang banyak. Contoh: Tiket kepunyaan penumpang-penumpang itu: The passengers’ tickets.

Kata penunjuk (Article)
‘Articles’ atau dapat dikatakan sebagai kata penunjuk adalah perkataan a, an dan the.

Cara penggunaannya:
‘A’ dan ‘an’ adalah juga dipanggil sebagai ‘indefinite Articles’ kerana ia tidak menerangkan atau menunjukkan kepada kita secara khusus orang atau benda (nama-nama) yang dicakapkan.
Contoh:
Saya lihat seekor kucing (I saw a dog).
Saya beli sebiji telur (I bought an egg).

Article ‘A’ digunakan bagi nama yang boleh dikira yang bilangan nya satu.
Contoh: A house

Article ‘an’ digunakan untuk nama-nama yang dapat dikira, bilangannya satu dan dimulakan dengan bunyi vowel (a, e, i, o, u).
Contoh: An apple, an elephant, an island, an orange,an umbrella, an hour.

Article ‘The’ digunakan bila: 
Merujuk kepada nama-nama orang atau benda yang ter-tentu (yang diketahui)
Contoh: I gave him the book
Saya memberi buku itu kepadanya

Digunakan sebelum ‘Superlative Adjective’
Contoh: The hottest day, the smallest boy, the most beautiful girl.

Ganti nama (Pronouns)
Jenis-jenisnya:

Ganti nama persendirian (Personal pronouns)
Orang pertama (first person)
Contoh: I, me, us, we.
Orang kedua (second person)
Contoh: you, she, her, he, him.

Orang ketiga (third person)
Contoh: they, them.

Ganti nama kepunyaan (Possesive pronouns).
Contoh: mine, his, hers, its, ours, yours, theirs.

Ganti nama penunjuk (Demonstrative pronouns)
Contoh: This, these, those (apabila perkataan-perkataan ini menggantikan nama).
Ganti nama pertanyaan (Interogative pronouns)
Contoh: What, who, whose, whom, which (apabila perkataan-perkataan mengambil tempat nama)
Ganti nama yang tak ditentukan (Indefinite pronouns)
Contoh: Anyone; sesiapa saja yang tidak ditentukan dengan tepat dan lain-lain termasuklah any, some, several, anybody, anything, someone, one (semua perkataan ini akan jadi pronoun apabila mengambil tempat nouns).

Ganti nama pembahagian yang membezakan (Distributive pronouns)
Contoh: Each, either, neither, and every
Ganti nama Refleksif dan penegasan (Emphasising & reflexive pronouns)
Contoh: Myself, yourself, himself, herself, itself, our self, yourself, themselves) emphsise the same person and no one else).
Relative Pronouns.
Perkataan-perkataannya ialah: 
Who, which, that, whose, whom (perkataan ini mengantikan nama sambil memberi keterangan)
Contoh: The shop assistant was an obliging person who spent a long time helping me.

Perkataan yang menerangkan nama (Adjectives)
Maksud:
Dalam bahasa Inggeris ‘adjective’ yang membawa maksud perkataan yang menghuraikan dan menerangkan nama.
Contoh: Cantik,  malas,  banyak,  rajin,  merah,  bodoh,  bahaya,  keempat,  berbagai.

Jenis-jenis Adjective;
Menerangkan kualiti
Brown shoes, silly question, dangerous driving…

Menerangkan kuantiti
Thirty thousand visitors, many, several…

Menerangkan kepunyaan
My pen, your car, his house, their school.

Bersifat penunjuk (demonstrative adjectives)
This, that, those, these

Bersifat pertanyaan interrogative
Which, what, why, when.

Menegaskan [Emphatic Adjective)
Contoh: My own work

Distributive adjective (menerangkan bahagian tertentu)
Contoh: Each, every.

Adjective dalam perbandingan (Tahap perbezaan- Degree of comparisons)
Positive degree: High
Comparative degree: Higher
Superlative degree: Highest

Kata keterangan kepada perbuatan (Adverbs)

Maksud:
Perkataan yang menerangkan dengan lebih jelas berkaitan tindakan yang dihuraikan dalam perbuatan.
Contoh:
Contoh dalam bahasa Malaysia ialah seperti dengan berhati-hati,dengan cepatnya,dengan perlahan-lahan.
Contoh dalam bahasa Inggeris ialah seperti ‘You walk quickly or briskly to the station’.

Jenis-jenis: 
Kata keterangan kelakuan (Adverbs of manner)
Contoh: Purposefully bagi menerangkan walk
(seolah-olah menjawab bagaimana (how) dia berjalan).

Kata keterangan masa perbuatan dilakukan
Contoh: Dia tiba kelmarin: He arrived yesterday (untuk menjawab bila dia sampai).

Kata keterangan tempat perbuatan itu dilakukan.
Contoh: Where is the newpaper, it is there.

Jenis-jenis lain adverbs:
Frasa yang bertindak sebagai adverbs: (Advervial phrase)
Contoh: You’ll find it behind the bag.

Klausa yang bertindak sebagai perbuatan (Adverbial clause) Contoh: The ferry docked as it was growing dark.
Kata keterangan kepada perbuatan (adverbs) yang

menerangkan tahap(degree) tindakan sesuatu perbuatan itu berlaku; (adverbs of degree).
Contoh: Too,  much,  quite,  so,  most,  completely,  mainly,  fairly,  very,  exceedingly,  so,  immensely.

Kata keterangan kepada perbuatan (adverbs) yang mem-buat soalan (Interrogative adverbs)
Contoh: When, where, how, why.

Kata keterangan kepada perbuatan (adverbs) yang membuat pengesahan (affirmative adverbs)
Contoh: Certainly, surely, assuredly.

Kata sendi (Prepositions)
Maksud:
Dalam bahasa Inggeris ialah ‘prepositions’ yang bermaksud per-kataan yang menerangkan hubungan antara nama, ganti nama dengan bahagian lain sesuatu ayat sama ada perbuatan,  sifat atau nama-nama lain.
Contoh: They live in a house near the village.

Perkataan-perkataan bahasa Inggeris lain yang digunakan sebagai sendi nama ialah termasuk:
At, down, after,  for,  above, from, along, in, across,  into, among, near, around, on, by, to, before,through,  below, under beneath, with, during, without.

Kata hubung (Conjuction)
Maksud:
Dalam bahasa Inggeris disebut ‘conjunction’ yang bermaksud perkataan yang digunakan untuk mencantumkan perkataan-perkataan dalam satu ayat.
Contoh:
Although,  an,  as,  before,  because,  but,  it,  or,  since,  though,  than,  that, till,  until,  unless,  whereas,  yet,  in case,  as long as,  provided,  providing,  like,  during,  while.

Ayat-ayat

Komponen ayat
Subjek = Pembuat
Objek=Kata yang menerima hasil perbuatan daripada subjek.
Subjek = Bahagian dalam satu ayat yang menamakan apa yang sedang kita fikirkan.
Predikat = Bahagian dalam satu ayat yang membuat kenyataan mengenai subjek.

Contoh:
I (subject) enjoyed it (predicate)
Saya (subjek) belajar bahasa Inggeris (predikat)

Pembentukan ayat
Ayat adalah himpunan perkataan-perkataan yang membawa maksud dan munasabah.

Sekiranya himpunan perkataan-perkataan itu tidak membolehkan makna atau maksud difahami,ianya dinamakan frasa.

Manakala klausa adalah himpunan perkataan-perkataan yang mempunyai satu finite verb (perbuatan finit) iaitu satu subjek dan satu predikat.

Dependent clause: Adalah klausa yang apabila ia sahaja tidak mendatangkan apa-apa maksud tetapi menyumbangkan kepada maksud lebih penuh yang menjadi sebahagian kepada ayat itu.

Main clause: Klausa yang dengannya sahaja dapat membawa maksud.
 
Jenis-jenis Ayat:
Ayat Mudah atau Simple Sentence
Ayat yang mempunyai satu finite verb (perbuatan yang tertakluk kepada perubahan tatabahasa)
Contoh: An old man sat by the side of the road

Ayat dua lapis atau Double sentence
Ayat yang mempunyai dua finite verbs
Contoh: The taxi drove away and she was left alone.
Ayat berlapis atau Multiple sentences
Ayat yang mempunyai tiga atau lebih finite verbs
Contoh: She sat down, picked up the newspaper and began to read carefully.

Ayat kompleks atau Complex sentence
Adalah ayat yang terdiri daripada satu klausa utama (main clause) dan satu atau lebih klausa tergantung (dependent clause)
Contoh: When she returned home, she spent several hours writing down his thought.
When she returned home-dependant clause
She spent several hours writing down her thought-main clause

Ayat aktif dan Ayat pasif
Ayat dapat dibahagikan juga kepada 2 bahagian iaitu:-

Ayat Aktif
Ayat yang menunjukkan subjek melakukan perbuatan.
Contoh: Ali (subjek) makan nasi (objek)
Ayat Pasif
Ayat yang menunjukkan objek menerima atau mengalami tindakan oleh perbuatan.
Contoh: Nasi (objek) dimakan Ali (subjek).

Kumpulan-kumpulan ayat
Ayat dalam bentuk pemberitahuan kenyataan (statement).
Contoh:We can’t wait any longer.
Ayat dalam bentuk pertanyaan (question).
Contoh: Where are the books?
Ayat dalam bentuk kata seruan (exclamation).
Contoh: What a pity!
Ayat dalam bentuk arahan atau perintah (order or command).
Contoh: Don’t make noise in this room.

Bab 15 Ujilah

Sebagaimana bab-bab terdahulu bab ini penting bagi membuktikan pencapaian saudara setakat ini. Ini juga bersesuaian dengan saranan saya supaya saudara mencabar diri saudara memecahkan rekod pencapaian saudara sama ada daripada segi masa ataupun kualiti. Ingat juga, kotak pemikiran kita yang dianugerahkan oleh Tuhan tiada ternilai dan pencapaiannya amat menakjubkan. Ingat ia selalu.

Bab ini sengaja saya asingkan daripada bab-bab terdahulu. Saya ingin mengajak saudara berhenti sejenak dan membuat lintas langsung ke bab ini. Ini kerana kita pasti dapat rasakan pencapaian kita sejauh mana supaya masa yang kita tentukan tidak terbuang dan matlamat kita kesampaian. Apabila terdapat kesilapan, dengan segera kita dapat perbetulkannya melalui ujian yang kita sendiri pemeriksanya. Ini menambahkan lagi pemahaman kita berkenaan bahasa Inggeris dan ada kalanya kita dapat menguasainya dengan baik dan cepat.

Sebelum saudara memulakan ujian-ujian yang saya sarankan melalui bab-bab terdahulu, di sini saya cadangkan beberapa panduan yang pernah membantu saya dan pelajar-pelajar saya mencapai matlamat mereka seperti berikut:

Beritahu diri saudara yang minda saudara mempunyai banyak kekosongan yang mampu saudara isikan dengan maklumat-maklumat baru.

Gambarkan berkali-kali dalam pemikiran saudara segala bab-bab yang sudah saudara baca secara terang dengan segala warna dan bunyinya supaya ia seolah-olah berada di hadapan saudara.

Percaya perkara yang saudara hajati tidak mustahil dan orang-orang terdahulu sudah dapat menguasainya dengan baik.

Bersangka baik dengan diri saudara dan kenangkan kembali kejayaan-kejayaan yang pernah saudara peroleh.
Baca berkali-kali peraturan di atas sehingga ia sebati dalam diri saudara. Sekarang tiba masanya kita memulakan ujian dalam buku ini.

Ujilah: 1
Pengajian, pengenalan dan pemahaman keseluruhan perkataan-perkataan dan ayat bahasa Inggeris.
Bahan-bahannya adalah:
Surat khabar berbahasa Inggeris tempatan ataupun antarabangsa yang dapat saudara peroleh.
Novel - ikut cita rasa saudara.
Buku latihan untuk ujian setebal 200 muka surat.
Cara ujian:
Catatkan semua perkataan mengikut kategori yang sudah diterangkan dalam bab 8 masing-masing 99 perkataan.
Masa yang diberikan adalah 99 perkataan seminit.
Pemeriksaan:
Selepas selesai catatkan masa pencapaian dan bandingkan kembali dengan Bab 8 dan beri markah mengikut pencapaian.

Ujilah: 2
Pemindahan dan penyimpanan perkataan-perkataan ke dalam kotak simpanan (otak) dan pengeluarannya.
Bahan-bahannya adalah;
Penulisan / peringatan peristiwa-peristiwa yang memberi kesan yang mendalam dalam hidup saudara sama ada sedih, seronok, menakutkan ataupun melucukan. Bagi tujuan ini saudara bolehlah sama ada mencatatkan dalam buku latihan ataupun cuma mengenang kembali dalam pemikiran saudara. Bagi tujuan ini saudara kategorikan mengikut penyelamat tahunan ataupun apa-apa cara lain yang saudara suka.
Bahan-bahan cerita filem ataupun drama-drama yang saudara tidak dapat lupa. Ingat kembali serta senaraikan berapa banyak bahan-bahan itu.

Cipta sendiri cerita-cerita yang kurang munasabah dan tidak masuk akal dan cuba dibesar-besarkan cerita itu.
Cara ujian:
Pilih huruf S. Bahagikan ia mengikut bahagian penyusunan abjad seperti yang diterangkan terdahulu dan gunakan semua bahan-bahan di atas untuk pemindahan ke kotak pemikiran saudara. Mulakan dengan huruf S.
Masa yang diberikan adalah enam puluh perkataan seminit.
Pemeriksaan:
Selepas selesai, catatkan masa pencapaian dan bandingkan dengan Bab 9 dan berikan markah. Ia dapat dibuat secara maya iaitu hanya dengan menggunakan pemikiran dan ingatan tanpa lain-lain bantuan fizikal.

Ujilah: 3
Pengertian nahu dan penggunaannya serta perbezaan dan persamaannya dalam bahasa Inggeris.
Bahan-bahannya adalah:
Surat khabar berbahasa Inggeris tempatan ataupun antarabangsa yang dapat saudara peroleh.
Novel mengikut cita rasa saudara yang tebalnya sekurang-kurangnya 300 muka surat.
Buku latihan atau ujian yang tebalnya 200 muka surat.
Cara ujian:
Tanpa merujuk bab 10, senaraikan tiap-tiap contoh ayat penggunaan masa dan keadaan sekurang-kurangnya 50 ayat bagi setiap kategori.
Pemeriksaan:
Bandingkan dengan bab tersebut dan berikan markah. Apabila terdapat kesilapan buat pembetulan.
“Ingatlah pengulangan ialah punca kemahiran”

Ujilah: 4
Skrip hayat.
Bahan-bahannya ialah:
Diri Saudara.
Minda Saudara.
Suara Saudara.
Persekitaran Saudara.
Manusia di sekeliling Saudara.
Waktu Saudara.
Cara-cara ujian:
Gunakan setiap skrip seperti yang terdapat dalam bab 12. Lakukan secara menyeluruh dan berterusan dalam masa 30 hari tanpa gangguan. Apabila ada gangguan mulakan kembali.
Masa yang diberikan adalah 30 hari berturut-turut dengan gangguan.
Pemeriksaan:
Dilakukan pada setiap masa selepas selesai penyampaian skrip sama ada saudara ataupun orang lain yang terlibat dalam penuturan itu.
Sebelum tidur berikan markah kepada pencapaian saudara dan betulkan sebarang kesilapan. Lakukan setiap hari selama 30 hari.

Ujilah: 5
Berkarya.
Bahan-bahannya:
Pen.
Buku karya setebal 200 muka surat.
Cara-cara ujian:
Buatlah satu karya yang mempunyai sekurang-kurangnya 1000 perkataan dalam masa 30 hari merangkumi 2 tajuk di bawah.
Apa yang saudara mahu dalam hidup.
Sejarah diri saudara.
Selepas selesai hantarkan kepada saya untuk disemak ataupun emailkan ke zbie4m @ yahoo.com.

Ujilah: 7
Ucaplah.
Bahan-bahannya:
TV yang berfungsi dan yang dapat menerima siaran.
Pemacu CD ataupun kaset.
Cara:
Pilih mana-mana nyanyian berbangsa Inggeris yang paling saudara minati. Berikan perhatian yang paling mendalam dalam jangka masa paling lama satu jam.
Pilih filem ataupun siri Inggeris di televisyen dan dengar serta lihat mulut pelakon-pelakonnya semasa bertutur. Ulanginya dalam pemikiran saudara beberapa kali. Ungkapkan kembali sepanjang masa selepas selesai rancangan tersebut. Sehari sejam. Pilih sebuah lagu sehari dan nyanyi bersama-sama dengan penyanyi tersebut dengan dialeknya. Tiru betul-betul dialek penyanyi itu. Cuba dan inilah bukti kemampuan saudara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024