Artikel

Seruan Haji @ PTS : Jemputan Cinta daripada Tuhan

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 13 Sep 2013

Sempena musim haji yang bakal tiba, syarikat penerbitan dan pengedaran buku PTS akan mengadakan satu kempen haji yang bertemakan Jemputan Cinta Daripada Tuhan.  

Signifikannya, pemilihan tema ini bertepatan untuk individu yang ingin menyempurnakan  ibadah rukun islam ke-5 termasuklah mereka yang masih belum merancang untuk menunaikan haji. Malah, tema ini juga dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk umat islam menyempurnakan ibadah itu.

Selain daripada mempromosikan Hari Raya Aidiladha, kempen yang akan dijalankan ini juga bermatlamat untuk menarik minat individu-individu yang belum berpeluang menunaikan haji sama ada yang masih menunggu panggilan pengesahan dari  pihak Tabung Haji dan sebagainya. 

Selain itu, kempen ini akan berlangsung dari 15 September hingga 31 Oktober 2013.

Bagi mereka yang masih menunggu panggilan, ini  merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk mendapat input terbaik sebelum menjalani ibadah di Tanah Suci. Kempen ini juga menyediakan bahan bacaan terbaik daripada terbitan PTS untuk para bakal jemaah haji.

Bahan bacaan ini dijadikan sebagai persiapan awal sebelum dijemput menjadi tetamu Allah dan sekaligus dapat menambah pengetahuan. 

Antara buku yang dipilih sebagai panduan para bakal haji adalah Travelog Haji Mengusik Hati, Tip Sihat Ke Tanah Suci, Pembimbing Ke Tanah Suci, Panduan Umrah dan Ziarah, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, 50 Tip Motivasi Haji & Umrah, Travelog Haji, Kembara Tetamu Allah, dan Tiket Haji daripada Tuhan.

Bahan bacaan terbaik yang disediakan ini turut ditampilkan khas daripada hasil karya Prof. Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim.  

Justeru itu, melalui kempen ini para bakal jemaah akan beroleh manfaat berguna dan dapat membantu dalam segala aspek termasuk melakukan persediaan terbaik sebelum dijemput mengerjakan haji dan sekaligus supaya beroleh haji yang mabrur.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024