Artikel

Singgah Membaca Bersama #rakPTS, Menghubungkan Hati dan Minda Sempena #SIBF2022

oleh Aisha Nizam pada 30 Nov 2022

Perhatian kepada peminat buku! Kami teruja ingin berkongsi berita baik buat anda semua! Jika kalian tidak sempat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun tempoh hari, jangan risau kerana pesta buku besar-besaran kini datang lagi. Kali ini bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF 2022), tempat syurga buku singgah di Shah Alam, Selangor.

Untuk pengetahuan anda, Pesta Buku Antarabangsa Selangor kali ini tidak kurang hebat kemeriahannya kerana terdapat reruai daripada pelbagai syarikat buku yang terkenal seperti PTS, Karangkraf, Iman Publication, Jejak Tarbiah dan banyak lagi.

Istimewa kali ini, PTS berkampung di Pesta Buku Antarabangsa Selangor dengan 6 buah reruai. Buku-buku daripada PTS, Penerbit X, Puteh Press, Komik-M, Bookiut dan PTS Junior akan kami bawakan untuk anda. Inilah masanya untuk anda berbelanja dengan sepuas-puasnya untuk memborong buku-buku PTS.

Jika anda tanya adakah terdapat tawaran istimewa di reruai PTS di pesta buku kali ini? Sudah semestinya! Reruai PTS yang bertempat di reruai N29-N30 dan H61-H62 menyediakan anda tawaran diskaun sebanyak 15% untuk setiap buku! Selain itu, terdapat juga pelbagai kombo buku dengan harga istimewa bermula diskaun 30%. Memang berbaloi untuk berbelanja di SIBF kali ini.

Selain daripada itu, PTS Bookcafe juga turut serta dengan membuka 2 buah reruai di pintu masuk utama. Masuk sahaja ke Pusat Konvensyen MBSA, jemput singgah reruai P18 & P19 yang terletak berhampiran pentas utama. PTS Bookcafe menyajikan anda harga yang berpatutan dengan bermacam-macam tawaran: diskaun 15% untuk semua buku, diskaun setinggi 60%, harga serendah RM3, hadiah percuma dengan pembelian minimum RM120 dan cabutan bertuah. Dengan tajuk buku daripada lebih 400 penerbit, pasti anda akan rambang mata memilih buku yang ada di reruai PTS Bookcafe.


Bermula:
Ayuh, kunjungi dan temui kami di sana.

📕 1-11 Disember 2022

📕 10:00 Pagi - 10:00 Malam

📕 Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, Selangor

📕 Reruai PTS: N29-N30, H61-H62

📕 Reruai PTS Bookcafe: P18 & P19

Sediakan wang untuk berbelanja sepuas-puasnya di Pesta Buku Antarabangsa Selangor. Jangan lupa datang ke reruai kami! Untuk maklumat lanjut, layari sibf.my.

Membaca bersama PTS, dengan kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Selangor.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024