Artikel
Yahudi Menubuhkan Negara Haram
oleh Afizatul Nurasha pada 01 Nov 2023
Ini adalah bebenang.
Jika dilihat pada tajuk, memang sesuai jika disebut Israel sebagai sebuah negara yang haram.
Oleh kerana Zionis adalah sebuah gerakan atau anggota yang menyokong untuk melakukan kejahatan yang kejam tanpa belas kasihan terhadap penduduk di Gaza. Selain itu, terdapat anggota yahudi yang bernama Haganah di mana sebahagian besar daripada mereka adalah tentera Berikat yang berpengalaman bertempur di medan Perang Dunia kedua. Pelan pembangunan Palestin telah ditubuhkan bagi undian untuk penempatan orang Yahudi di Palestin.
Pelan ini telah mendapat kata sepakat dari pengundi Yahudi untuk membahagikan Palestin kepada dua bahagian iaitu satu untuk penduduk Palestin dan satu lagi untuk penduduk Yahudi.Manakala pelan ini tidak dipersetujui oleh orang Arab dan mereka memberontak tetapi pemberontakan itu gagal kerana ramai orang Arab yang telah ditangkap dan dihukum oleh British.
Antara salah satu sebab Yahudi inginkan tanah Palestin adalah disebabkan oleh kepercayaan mereka yang menyatakan tanah itu sebenarnya milik nenek moyang mereka dan ingin membuat pembinaan semula Kuil Sulaiman untuk menyambut kedatangan Dajjal. Kuil Sulaiman telah ditubuhkan berkurun lamanya dahulu oleh raja purba berbangsa Israel iaitu Raja Sulaiman dan telah dirobohkan oleh penakhluk Babylon.
Untuk maklumat buku ini sudah OP (Out of print), bebenang ini sekadar perkongsian dan renungan untuk kita semua.
Dalam satu hadis, Rasulullah telah bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga umat Muslim memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun, batu dan pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh. Kecuali pohon Gharqad kerana termasuk pohon Yahudi.” (HR Muslim). Cik Puan PTS berharap semoga Allah merahmati kita semua dan selamat dari fitnah Dajjal!