Artikel

Strategi merancang kejayaan dalam pasaran

oleh Helmi pada 24 Feb 2005

Diskusi di MPH Bookstores Sdn Bhd, Midvalley Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini, berjaya memancing perhatian ramai muka baru di samping beberapa penulis lama termasuk Jeniri Amir dari Kucing, Sarawak.

Khalayak diskusi pada petang itu disogokkan dengan pelbagai petua yang boleh dijadikan panduan pendatang baru mahupun orang lama dalam dunia penulisan tanah air bagi memungkinkan karya mereka meletup di pasaran.

Nampaknya Ainon begitu murah hati pada diskusi terbabit apabila sedia berkongsi enam petua tanpa mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan bagi membantu penulis mencipta kejayaan di pasaran.

Ramai penulis yang ada banyak buku tetapi tidak menjadi bintang. Ini terjadi kerana penulis berkahwin dengan ramai penerbit. Saya nasihatkan penulis sedemikian agar setia kepada satu penerbit, katanya.

Kesetiaan kepada satu penerbit diyakini memberi dorongan kepada penerbit untuk tidak lokek melakukan pelaburan bagi mempromosikan karya penulis terbabit kerana penerbit tidak bimbang dengan kemungkinan penulis lari kepada syarikat lain.

Oleh Salbiah Ani

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024