Artikel

Tebus Baucar Buku Semarak Membaca di Pesta eBook Keluarga Malaysia melalui aplikasi e-Sentral

oleh Nadirah Hanis pada 15 Nov 2021

Sudah lama kita tidak menerima baucar buku secara besar-besaran satu Malaysia, bukan? Bulan November ini, kita bertuah kerana terdapat baucar eBuku yang boleh ditebus untuk memudahkan pembelian eBuku dan meringankan beban kos pulang ke sekolah.

Baucar Buku Semarak Membaca ini adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan rakan-rakan industri buku Malaysia, termasuk stor eBuku e-Sentral.com.

Bagi memeriahkan lagi usaha program Semarak Membaca ini, e-Sentral sedang mengadakan Pesta eBook Keluarga Malaysia yang menyediakan diskaun sehingga 50% untuk eBuku dan buku audio. Pembaca juga boleh menebus baucar RM10 untuk pembelian judul tempatan bernilai RM20 dan ke atas semasa tempoh promosi. Pesta ini berjalan selama seminggu bermula pada Khamis 11 November 2021 sehingga Khamis 18 November 2021.

Hal ini menggembirakan para pembaca buku-buku terbitan PTS terutamanya pembaca eBuku kerana pada masa inilah anda dapat peroleh buku-buku PTS dengan harga yang lebih rendah daripada biasa. Suatu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan!

Semoga pesta buku digital ini dapat menyemarakkan lagi minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan eBuku dan buku audio di platform e-Sentral. Usaha ini juga dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam kos sara hidup dan mampu mendapatkan bahan bacaan berkualiti.

Ayuh buat pembelian buku PTS idaman anda sekarang dan tebus baucar ini di aplikasi pembaca e-Sentral semasa membuat pembayaran. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui platform Apple App Store dan Google Play Store.

Senarai ebook PTS: https://pts.com.my/katalog-ebook

Muat turun aplikasi e-Sentral:

Apple Appstore: https://apps.apple.com/my/app/e-sentral/id464707103

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.reader

Web : www.e-sentral.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024