Artikel

Promosi Buku Terjemahan Terlaris Antarabangsa: Pengetahuan Merentasi Dunia

oleh Nadirah Hanis pada 10 Nov 2021

Menikmati karya terbaik di dunia. Pernahkah kita terfikir tentang kepentingan penterjemahan karya-karya antarabangsa? Dengan adanya usaha penterjemahan buku-buku daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina, Indonesia dan sebagainya, kita dapat menggali pelbagai manfaat.

Antara manfaatnya ialah meluaskan capaian pembaca. Rugi jika karya-karya yang sangat bagus tidak dapat dicapai oleh pembaca seluruh dunia hanya kerana tidak difahami bahasanya. Pembaca juga dapat memahami dengan lebih mendalam budaya dan masyarakat yang berbeza dengan membaca buku-buku daripada negara lain.

Tabik kepada para penterjemah pelbagai bahasa yang bertungkus lumus berusaha untuk membawakan buku-buku ini kepada kita pembaca. Apabila diteliti, rupa-rupanya usaha menterjemahkan sesuatu karya ini bukan hanya aktiviti menterjemah setiap patah kata, tetapi penterjemah juga perlu memeriksa struktur ayat yang betul, menyesuaikan dengan konteks dan prinsip bahasa yang ingin diterjemah.

Khusus buat anda yang meminati buku-buku bukan fiksyen terlaris, PTS bawakan kempen promosi Buku Terjemahan Terlaris Antarabangsa bulan November ini. Rangkaian buku yang terpilih terdiri daripada kategori perhubungan, bantu diri, keibubapaan dan bisnes - timur vs barat yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku-buku terlaris seperti Rich Dad Poor Dad, The 7 Habits of Highly Effective People, Sun Tzu: Art of War adalah antara judul terpilih di samping 20 lagi buku lain.


Semasa membaca, semestinya kita mahu menanda pembacaan kita dengan penanda buku, bukan? Istimewa kempen promosi kali ini, PTS bawakan anda penanda buku eksklusif yang mengandungi petikan kata-kata daripada buku terjemahan terpilih beserta kalendar 2022 di bahagian belakang. Bukan satu, malah 7 buah desain ditawarkan. Menarik, bukan?

Penanda buku-penanda buku ini terhad sempena kempen promosi ini sahaja dan terhad sekeping untuk setiap pembelian. Jadi, jangan lepaskan peluang! Dapatkan di kedai-kedai buku terpilih seperti bookcafe.com.my, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, dan bermacam-macam lagi.

Ayuh penuhi hujung tahun anda dengan pengetahuan merentasi dunia, capaian ilmu merentasi benua.

Senarai penuh buku yang terlibat: https://pts.com.my/promosi/buku-terjemahan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024