Artikel

Temui Penulis PTS di MPH

oleh Helmi pada 03 Oct 2004

MPH Bookstores dengan kerjasama PTS mengadakan sesi bersama penulis-penulis PTS di MPH Alpha Angle Shopping Centre, KL.

Sesi ini terbahagi kepada 2 siri dan tema tertentu. Beberapa orang penulis PTS yang tersohor dijemput untuk menjayakan program ini untuk memberi ceramah pendek, panduan dan tip-tip pembangunan diri berdasarkan buku-buku mereka. Pengunjung juga berpeluang beramah mesra, mendapatkan khidmat nasihat dan autograf penulis.

Temui penulis-penulis PTS pada masa dan tempat seperti berikut:

(1) Tema : Petua-petua Keluarga Bahagia
Tarikh : 27 / 11 / 2004 Sabtu
Masa : 2.00 ptg 3.00 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L.

Penceramah 1 : Dr Robiah K. Hamzah
Judul Buku : Membina Hubungan Berkualiti
Penceramah 2 : Noralina Omar
Judul Buku : Soal Jawab Pra-Perkahwinan


(2) Tema : Tip-tip Pekerja Berjaya
Tarikh : 28 / 11 / 2004 Ahad
Masa : 2.00 ptg 3.00 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L.

Penceramah 1 : Ahmad Fadzli Yusof
Judul Buku : 55 Petua Orang Berjaya, Mengurus Kerja & Waktu, Siri-siri Resepi Kejayaan
Penceramah 2 : Ahmad Naim Jaafar
Judul Buku :  Membina Karisma, Kuasa Karisma
Penceramah 3 : Mohd Nasir Markom
Judul Buku :  Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih, Mengajar Orang Dewasa Belajar, E.Q.

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai promosi dan hubungan media, En Faris Hasbullah di [email protected] atau telefon 019 2862600.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024