Artikel

Komik-M Hasil Karya Buat Pembaca Perempuan

oleh Roziyah pada 27 Sep 2010

Jika sebelum ini kebanyakkan komik dihasilkan bagi pembaca lelaki kini Komik-M mencipta kelainan dengan menghasilkan komik bagi bacaan remaja perempuan.

Menurut editor komik-M, Tuan Alif Firdaus Azis, melalui penghasilan komik perempuan ini dapat menarik minat pembaca perempuan terhadap komik di Malaysia.

Beliau berkata, Dear Yayah The Comics yang telah dikeluarkan mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Lebih menarik apabila pengikut Dear Yayah dapat melihat kelainan melalui Dear Yayah The Comics melalui lukisan-lukisan menarik yang dihasilkan.

Tuan Zulfadhli Kamarrudin atau lebih dikenali sebagai Tuan lobak berkata, komik bagi pembaca perempuan ini menceritakan pengalaman remaja perempuan dengan lebih dekat.

"Contohnya melalui Dear Yayah The Comics ini, kisahnya lebih dekat dengan remaja perempuan. Bagi pembaca yang sudah menamatkan zaman persekolahan, komik ini mampu mengimbau zaman persekolahan pembaca sebelum ini," jelas Tuan Lobak.
Menurut lobak, Dear Yayah The Comics memberikan sentuhan yang berbeza berbanding dengan novelnya.

"Idea asal cerita diberikan oleh penulis asal. Olahan penulis menjadikan Dear Yayah The Comics ini lebih menarik.

"Kita juga menerima komen daripada peminat novel Dear Yayah. Walaupun mereka tidak meminati komik, namun kerana sudah mengikuti semua siri dear yayah, mereka tetap mendapatkan Dear Yayah The Comics," jelas Tuan Lobak lagi.

Komik-M juga merancang menghasilkan lebih banyak lagi komik bagi bacaan pembaca perempuan bagi memeriahkan industri komik di Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025