Artikel

BERLAYAR KE DUNIA FIKSYEN BERSAMA PTS

oleh Afizatul Nurasha pada 14 Nov 2023

Tahu atau tidak, sekarang ini telah bermula kempen buku fiksyen yang lebih menarik dengan pembelian tiga buku akan dapat satu buku nota percuma?

Panggilan kepada pencinta buku!

Setelah sekian lama, kempen buku kembali lagi dengan tema pada kali ini, Berlayar ke Dunia Fiksyen. Mendengar tajuknya sahaja sudah menarik inikan pula buku-buku yang menjadi sorotan utama. Mahu tahu apa yang menarik pada kali ini? Pembelian 3 buku ke atas akan dapat 1 buku nota percuma. Wow! Bukunya pun sudah cantik, ditambah pula dengan reka bentuk muka surat dalaman yang dihiasi dengan gambar dari siri-siri dibawah terbitan imprint PTS.

Menarik bukan? Imprin PTS yang terlibat ialah PTS Junior, Bookiut, Komik-M dan Penerbit X. Anda akan bersama-sama berlayar ke tujuh buah pulau dan kepulauan ini terdiri dari dunia yang berbeza. Mari kita mulakan pengembaraan bersama-sama

Kita mula di Pulau pertama : Dunia Aksi.Dunia Aksi menghimpunkan buku dari Komik-M seperti Ultra Qalif dan Simuraq. Watak-watak Dunia Aksi ini adalah Hero-hero yang melawan antagonis yang bertujuan untuk membinasakan dunia.

Pulau kedua pula adalah Dunia Fantasi. Kami lampirkan buku-buku dari Siri Kronikel Dewata. Penulis menggunakan konsep sains fiksyen Islamik dengan watak utama yang mempunyai kelebihan kasyaf iaitu boleh melihat makhluk halus dan juga bagaimana watak utama ini bertempur dengan kuasa-kuasa jahat yang cuba mengganggu hidupnya. Tiba kita ke Pulau ketiga, Dunia Miss. Dunia Miss dari menampilkan buku-buku dari imprin Bookiut. Dunia Miss ini menceritakan watak wanita kuat yang mempunyai latar belakang yang unik dan menarik.

Destinasi seterusnya, Pulau ke empat, Dunia Klasik Melayu. Watak-watak dalam dunia klasik Melayu ini mengangkat watak-watak utama yang handal dalam seni mempertahankan diri dan juga buku yang menceritakan hikayat dongeng tempatan. Menuju kita ke pulau lima, Dunia Estetika, pilihan komik dari Imprin Komik-M ini mengandungi jalan cerita yang indah dan unik. Watak utama ‘Meow’ menjadi penghubung kelima-lima komik yang dipilih.

Kita berlayar terus ke Pulau Enam, Dunia Adik Cilik imprin PTS Junior. Buku buku ini dipilih sebagai bahan bacaan sesi ‘Read Aloud’. “Read Aloud” adalah sesi membaca bersama-sama ibu bapa dan anak-anak. Di samping itu juga, secara tidak langsung selain dari dapat meluangkan masa bersama anak, ibu bapa juga dapat mengenalkan dunia sains kepada anak-anak. Akhirnya, tiba kita ke Pulau ketujuh, Dunia Seram. Siri Kru Paranormal ini adalah terbitan dari Penerbit X. Terdapat 12 buku dalam koleksi Kru Paranormal ini. Peminat buku seram perlu membaca siri ini mengikut urutan untuk memahami jalan cerita yang mengerikan serta ‘plot twist’ yang menarik.

Kempen Berlayar ke Dunia Fiksyen ini akan bermula dari 13 November sehingga 31 Disember 2023 dan diraikan di semua kedai buku rakan strategik jualan PTS. Segera dapatkan buku-buku PTS di kedai buku yang berhampiran dengan anda, dan jangan lupa dapatkan buku nota percuma untuk setiap pembelian 3 buku terpilih.

#berlayarduniafiksyenPTS #malaysiamembaca #rakpts #bukupts #bukufiksyen #nadiperjuanganbahasa #23tahunmemandaikanbangsa

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024