Kelas Kumbang didatangi dengan pelajar baharu yang dikenali sebagai Woofle. Dia mempunyai lapan kaki dan tiada sayap. Dia bukan spesies kumbang tetapi semua rakan menghormatinya kerana dia mempunyai taring berbisa yang hebat. Siapakah yang sudi menjadi rakan sekelasnya dan apa yang bakal berlaku di dalam kelas itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Kitaran Hidup dan Perubahan Fizikal: Menerangkan proses metamorfosis yang dilalui oleh serangga kecil serta perubahan bentuk dan fungsi badan sepanjang peringkat kehidupan.
Mengetahui Adaptasi Serangga: Memahami bagaimana serangga menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka, contohnya cara bergerak, melindungi diri, dan mencari makanan.
Pengajaran dan Nilai
Berfikir Sebelum Bertindak: Menunjukkan kepentingan membuat pertimbangan sebelum bertindak bagi mengelakkan kesan negatif.
Kepercayaan dan Keyakinan Sesama Komuniti: Menunjukkan kepentingan saling mempercayai bagi mewujudkan hubungan yang harmoni dan stabil dalam kehidupan bersama.