Hari sukan tahunan di Akademi Serangga bakal berlangsung tidak lama lagi. Semua serangga bertungkus-lumus membuat persiapan diri bagi memenangi setiap acara yang bakal dipertandingkan demi maruah kelas mereka. Dalam acara terakhir, Mimo yang terkenal dengan kelajuannya terpaksa menghadapi Simon yang biasanya dipandang rendah, tetapi sangat cekap bertahan dalam situasi berbahaya. Menjelang saat-saat akhir perlumbaan, mampukah Mimo mengatasi helah-helah Simon dan memenangi perlumbaan itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Adaptasi Serangga Akuatik: Menunjukkan cara serangga seperti kumbang air dan pepijat air menyesuaikan bentuk kaki serta tubuh bagi meneruskan hidup dan bergerak di dalam air.
Perbandingan Anatomi Serangga: Membandingkan struktur dan fungsi serangga seperti lipas, pepatung dan kutu bagi memahami perbezaan biologi antara spesies.
Pengajaran
Sikap Rendah Diri: Walaupun ada kelebihan atau bakat, kita digalakkan tidak sombong dan sentiasa menghormati rakan lain.
Sabar dan Kawalan Emosi: Mengajar supaya tidak cepat marah, berfikir sebelum bertindak dan menenangkan diri ketika menghadapi cabaran.