Empat tahun berlalu selepas kejadian The Hollow Needle, dan semenjak itu nama Arsène Lupin tidak lagi didengari di mana-mana. Pihak polis telah mengumumkan Lupin telah mati. Bagaimanapun, kota raya Paris menjadi gempar apabila berlaku tiga pembunuhan di Hotel Palace. Kad nama Lupin telah dijumpai pada salah satu mayat, seorang hartawan bernama Rudolf Kesselbach. Kes ini membingungkan polis kerana umumnya diketahui Lupin tidak pernah membunuh. Adakah Lupin telah bangkit daripada kuburnya dan dahagakan darah?
Ketua detektif, Monsieur Lenormand menemui bukti Lupin masih hidup dan berada di lokasi kejadian jenayah. Namun, dia yakin Lupin bukan pembunuhnya. Dua label kertas tertulis nombor 813 dijumpai di lokasi pembunuhan. Dia yakin nombor ini mempunyai maksud yang penting dalam kes ini. Tetapi, apa?
Arsène Lupin keluar semula untuk membersihkan namanya. Dia menemui bukti Rudolf Kesselbach sedang merancang sesuatu yang besar, yang melibatkan negara Jerman dan seluruh Eropah. Biarpun diburu polis, Lupin perlu menyelesaikan misteri 813. Jika gagal, keseimbangan negera-negara Eropah mungkin tergugat. Namun, kali ini dia berdepan dengan lawan yang menakutkan, yang menghantuinya dan membuatnya terhumban ke dalam penjara. Apakah yang akan Lupin lakukan untuk membebaskan dirinya? Adakah strateginya akan berjaya? Mampukah Lupin melawan ketakutannya berhadapan dengan pembunuh yang seperti raksasa itu?
KANDUNGAN
1. TRAGEDI DI HOTEL PALACE
2. LABEL BERBUCU BIRU
3. RANCANGAN MONSIEUR LENORMAND
4. PUTERA SERNINE SEDANG BEKERJA
5. MONSIEUR LENORMAND SEDANG BEKERJA
6. MONSIEUR LENORMAND DITAWAN
7. PARBURY-RIBEIRA-ALTENHEIM
8. KOT FROK HIJAU ZAITUN
9. ISTANA SANTE
10. RANCANGAN HEBAT LUPIN
11. CHARLEMAGNE
12. SURAT-SURAT MAHARAJA
13. SI TUJUH BAJINGAN
14. LELAKI BERPAKAIAN HITAM
15. PETA EROPAH
16. TIGA PEMBUNUHAN ARSENE LUPIN
EPILOG: MEMBUNUH DIRI