Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi.
Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t.
Hayati setiap bait cerita #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria. Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah!
Bab 1: Niat Hati Mujahidah
Bab 2: Sejarah Penuh Darah
Bab 3: Jihad Wanita Tua
Bab 4: Lelaki Tanpa Negara
Bab 5: Ketakutan yang Dicabut
Bab 6: Senyuman Yarmouk
Bab 7: Secebis Roti Buat Qar Qar
Bab 8: Perjuangan Si Kudung
Bab 9: Sesuci Kasih Muhammad
Bab 10: Musafir Jiwa yang Baru
Bab 11: Impian Syahid Sang Mujahidah
Penutup: Perjuangan Belum Selesai
Tip Sukarelawan