Buku
Pustaka Seri Bayu
ISBN: 978-629-464-223-2
Kod Bar: 9786294642232
Muka Surat: 520
Saiz (inci): 5.5 x 8.2
Saiz (cm): 21 x 14
Tarikh Terbit: 27 Nov 2026
Kategori:
BISAC: FICTION / Horror (FIC015000)
Imprint: Bookiut
ISBN: 978-629-464-223-2
Kod Bar: 9786294642232
Muka Surat: 520
Saiz (inci): 5.5 x 8.2
Saiz (cm): 21 x 14
Tarikh Terbit: 27 Nov 2026
Kategori:
BISAC: FICTION / Horror (FIC015000)
Imprint: Bookiut
“Teruskan bermain dan teruslah bergembira. Di sini, engkau tidak akan berduka.”
Enam orang kanak-kanak hadir ke sebuah rumah usang dengan harapan yang sama; mencari tempat selamat. Mencari jalan untuk mengeluarkan diri daripada memikirkan penamat.
Apabila kesukaran hidup mula menjadi bertemu jalan buntu, rasa ingin menyingkirkan hidup daripada dunia itu kian membuak-buak. Ah, mereka dikatakan masih muda, dan perjalanan hidup mereka masih panjang! Akan tetapi, bagi orang yang tidak berada di tempat mereka, bukan semudah itu buat mereka terus maju tanpa hala tuju.
Mereka mahu disayangi. Mereka mahu dilihat. Mereka impikan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Dan mereka... mahu mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.
Sehinggalah suatu hari, Seri Bayu menghulurkan tangan kepada mereka yang menjejak masuk pondok usang tersebut.
Siapakah dia? Tiada sesiapa yang tahu. Namun kewujudannya menghadirkan satu rasa tenteram dalam jiwa kanak-kanak yang hadir bersama hajat. Kala itu, dia muncul bersama sebaris kata,