Pergaduhan dalam hubungan lelaki dan wanita, khususnya dalam pertunangan dan perkahwinan, sering dianggap sesuatu yang tidak perlu dibincangkan secara serius. Kita dinormalisasikan untuk percaya segala kerumitan hanya perlu difikirkan apabila berada dalam hubungan, lalu beranggapan memilih pasangan yang tepat sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Hakikatnya, walaupun bersama orang yang tepat, cabaran komunikasi tetap wujud dan konflik tidak dapat dielakkan.
Konflik yang dipendam ibarat gunung berapi yang menunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Sebelum pergaduhan bertukar menjadi ledakan yang merosakkan hubungan, keperluan untuk mencari resolusi dan memahami cara bergaduh secara sepatutnya menjadi semakin penting. Dengan strategi yang tepat, setiap pergaduhan berpotensi menatijahkan sesuatu yang positif serta membuka ruang pertumbuhan dalam hubungan.
Buku ini mengajak melihat pergaduhan dari sudut yang berbeza. Bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai peluang untuk memahami, memperbaiki dan menguatkan hubungan yang ingin dipertahankan.
Kandungan
Sinopsis
Prakata
Pendahuluan
Bab 1
Mengapa Kita Selalu Bergaduh Dalam Hidup?
Psikologi Persaingan Manusia dari Kaca Mata Sains Hidupan
Hikmah Senjata Nuklear dan Perang Dunia
Psikologi Persaingan Sesama
Manusia dalam Konteks Romantik
Kajian Tahap Persaingan Perempuan dalam Perhubungan
Mengapa Pasangan Bergaduh
Apakah Psikologi di Sebaliknya?
Bagaimana Ujian Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Isteri Baginda?
Kisah Pertelingkahan Antara Nabi Muhammad s.a.w., Aisyah dan Hafsah
Kisah Hafsah Cemburu akan Nabi Muhammad s.a.w. apabila Bersama-sama Mariah al-Qibtiyah
Peristiwa Aisyah dan Hafsah Bersepakat Susahkan Nabi s.a.w.
Personaliti Keterikatan (Attachment)
Kanak-kanak yang Membentuk Kita
Apa itu Keterikatan Kanak-kanak?
Sejarah Asal Usul Keterikatan
Empat Jenis Keterikatan yang Memberi Kesan dalam Perhubungan
Kelukaan yang Diwarisi Ibu Bapa dan Keluarga
Luka Emosi daripada Sang Ayah (Father Wound): Ayahku Wira ataupun Pembuli?
Luka Emosi daripada Sang Ibu (Mother Wound): Ibuku Feminis ataupun Feminin?
Kenapa Kita Bergaduh dengan Cara Tertentu?
Apa yang Selalu Kita Gaduhkan?
Bab 2
Pergaduhan Dengan Pasangan yang
Memberi Impak Negatif
Bahasa Teka-teki “Biar Dia Cari Sendiri Kesalahan Dia!”
Yang Perlu Dibuat Sekiranya Pasangan Mula Bersikap Pasif-Agresif: Kritik Peribadi Disangkakan
Menyelesaikan Isu
Perlakuan Hening Bukan Merajuk, Tetapi Penderaan Emosi
Sindiran Sosial Media, Enggan Jumpa Kaunselor
Bab 3
Pergaduhan Dengan Pasangan yang Memberi Impak Positif
Cipta Suasana Komunikasi yang Asertif
Mendengar dengan Aktif
Mendengar Tanpa Bersikap Defensif
Bagaimana Menjadi Watak yang Responsif?
Strategi Bergaduh yang Sihat
Bab 4
Falsafah Pergaduhan
Apa itu Cinta sekiranya Sekadar Keselesaan?
Perbualan antara Lex Fridman dan Jordan Peterson
Cinta: Keseimbangan Antara Belas Kasihan dan Dorongan Menjadi Lebih Berkualiti
Gen Z: Sindrom “Anak Ibu” dan “Layanan Sang Puteri” dalam Mendepani Cabaran Perkahwinan yang Mencabar
Tetapkan 90 Minit dalam Seminggu untuk Buka Topik Serius
Mengapa 90 Minit?
Mengelak Konflik Tertangguh
Perkahwinan Bukan untuk Semua Orang
Perceraian: Tidak Serasi, Porak-peranda, Budaya Membuli Masyarakat
Kita Perlukan Pasangan Sekufu untuk Bergaduh Cara Sihat
Rangka Tindak Bergaduh Cara Sihat dan Pemulihan Selepas Bergaduh
Penutup
Biodata Penulis
Biodata Pelukis
Bibliografi