Ada penyokong Manchester United, yang turun ke lapangan terbang London, sedangkan jauh lebih mudah sekiranya turun ke lapangan terbang Manchester.
Ada yang kata darurat dan terpaksa makan makanan tidak halal, sedangkan UK adalah antara negara yang banyak menjual makanan halal.
Ada yang rasa bosan, hanya berlegar-legar di kota, sedangkan UK mempunyai kawasan countryside antara yang tercantik di Eropah.
Senarai 'kerugian' ini sebenarnya lebih panjang, dan buku ini bertujuan bagi memadamkan segala 'kerugian' yang mungkin anda alami.
Segala panduan dan tip disusun rapi. Sehingga, kita berasa tahu segala-galanya tentang UK. Jadi adakah ia akan menjadikan anda seperti melancong dengan travel agency? Tidak sama sekali.
Panduan dan tip di dalam buku ini tidak akan menjadikan 'nikmat' backpacker itu berkurangan, malah ia menambah jauhnya perjalanan, dan memberi sensasi tambahan kepada anda sebagai backpacker
Bab 1 (Tentang United Kingdom)
Apakah Itu United Kingdom?
Negara-Negara UK
Bendera
Bahasa
Mata Wang
Iklim dan Cuaca
10 Fakta Rawak Mengenai UK
Bab 2 (Sebelum Mengembara)
Membuat Perancangan
Barangan yang perlu dibawa
Hal-Hal Teknikal yang Lain
Penginapan dan Pengangkutan
Jenis-Jenis Pengangkutan
Bab 3 (Ketika Mengembara)
Penerbangan Jarak Jauh
Kastam dan Imigresen
Komunikasi
Jenayah dan Penipuan Pelancong
Tip Lain Ketika Mengembara
Makanan
Membeli-Belah
Bab 4 (Bandar-Bandar Utama)
London
Edinburgh
Manchester
Bandar-Bandar Lain
Bab 5 (Kawasan Luar Bandar)
Kawasan tepi laut: Daerah Cornwall
Kawasan perkampungan Inggeris: Cotswold
Taman negara: Snowdonia, Peak District, Lake District