Gempar! Kehilangan remaja di Malyra semakin berleluasa. Gwen dapat merasakan bahangnya apabila kawalan keselamatan di sekolah semakin ketat. Salah seorang pelajar sekolahnya juga menghilang entah ke mana.
Kehadiran seorang guru baharu di sekolah menimbulkan tanda tanya dalam diri Gwen. Guru lelaki yang digelar Cikgu Faris itu mendakwa ada sebuah kerajaan yang lebih canggih daripada Malyra. Satu kenyataan yang susah diterima akal, namun guru itu menunjukkan kehebatan Kerajaan Biasan melalui teknologi hologram.
Gwen dan sepupunya, Jana yang selalu berseteru mendapat tugasan untuk mengkaji dengan lebih dalam lagi tentang Kerajaan Biasan. Adakah mereka mempercayai cerita guru itu? Tindak-tanduk Cikgu Faris yang mencurigakan membuatkan mereka semakin ragu. Persoalan yang mula membenih sekarang, adakah Kerajaan
Biasan itu benar-benar wujud atau ada sesuatu di sebalik cerita Cikgu Faris?