Buku

Resipi Bahagia

oleh Imam al-Ghazali

terjemahan oleh Azilawati Mat Isa

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-031-5

Kod Bar: 9786294930315

Muka Surat: 432

Saiz (inci): 5.8 x 8.3

Saiz (cm): 22 x 15

Tarikh Terbit: 31 Aug 2024

Kategori:

BISAC: RELIGION / Spirituality (REL062000)

Kebahagiaan adalah satu perkara yang sangat didambakan oleh setiap manusia sepanjang masa. Tetapi mengapa ramai orang yang mencari kebahagiaan, tidak berjaya mendapatkannya? Sebahagian orang yang sudah bergelimang dengan harta, kekuasaan dan kesenangan dunia, mereka tidak juga berasa bahagia. Bahkan bagi orang yang meyakini kebahagiaan akan dicapai dengan menikahi orang yang dicintai pula, namun, ada juga yang akhirnya berkunjung perpisahan dan kepedihan.

Seorang ulama yang digelar Hujjatul Islam sudah sekian lama mengadun resipi bahagia kepada kita. Dalam risalah ini, Imam al-Ghazali memaparkan bagaimana kaedah kita menggapai kebahagiaan yang hakiki. Imam al-Ghazali menyeru kita mengenal hati dan perasaan sendiri kerana hati adalah raja bagi setiap manusia. Baginya teras utama kebahagiaan adalah keseimbangan sifat marah, syahwat (nafsu) dan ilmu (rasional). Banyak jalan kebahagiaan yang terbentang namun kita sering dikaburi dengan kelalaian.

Buku ini berisi lapan risalah karya Imam al-Ghazali yang semuanya menunjukkan pada kita jalan dan prinsip yang harus dipegang oleh seorang hamba yang ingin tenang dan bahagia.

Menurut Imam al-Ghazali, ada dua tahap kebahagiaan yang harus dilalui iaitu mengenal diri sendiri dan puncaknya mengenal Allah s.w.t. Dua tahap ini yang akan membawa manusia mencapai puncak kebahagiaannya. Selamat membaca.

Lapan Risalah Imam al-Ghazali dalam buku ini:

1.⁠ ⁠Kimiya al-Saadah

2.⁠ ⁠Ayyuha al-Walad

3.⁠ ⁠Al-Risalah al-Wa’ziyyah

4.⁠ ⁠Mi’raj al-Salikin

5.⁠ ⁠Misykat al-Anwar

6.⁠ ⁠Minhaj al-‘Arifin

7.⁠ ⁠Al-Adab fi al-Din

8.⁠ ⁠Risalah al-Thair (Fiksi)

ISI KANDUNGAN 

 

Peta buku

 

Kata Penerbit 

Mengenal Tuhan sebagai Jalan Kebahagiaan 

Misykat al-Anwar, Karya yang Kontroversi 

Imam al-Ghazali Pemurni Falsafah dan Islam 

Nota Hujung 

 

Kata Pengantar 

Al-Ghazali tidak Berguru dalam Tasawuf 

Siapakah Abu Ali Al-Farmadi? 

Sisi lain Tasawuf Al-Ghazali

Nota Hujung

 

BUKU SATU: PROSES KEBAHAGIAAN (Kimiya al-Sa’adah)

 

Pengenalan

Tanda Mengenali Diri 

Kebahagiaan 

Keajaiban-keajaiban Hati 

Kenikmatan dan Kebahagiaan Manusia 

Mengenali Struktur dan Fungsi Anggota Tubuh 

Penciptaan Manusia: Kunci Mengenal

Sifat-sifat Allah s.w.t.

Nota Hujung

 

BUKU DUA: WAHAI ANAKKU, AMALKAN APA YANG KAMU KETAHUI (Ayyuha al-Walad)

 

Pengenalan

Empat Perkara yang Mesti Ditinggalkan 

Empat Perkara yang harus Dikerjakan

Nota Hujung

 

BUKU TIGA: UNTAIAN NASIHAT KEIMANAN (Al-Risalah al-Wa’ziyyah)

 

Pengenalan

Menasihati Diri Sendiri

Nota Hujung 

 

BUKU EMPAT: PERINGKAT-PERINGKAT PARA PENEMPUH JALAN MENUJU ALLAH (Mi’raj al-Salikin)

 

Pengenalan

Peringkat-peringkat Para Penempuh Jalan Menuju Allah

Tahap Pertama: Perilaku Para Pencari Allah s.w.t.

Tahap Kedua: Jalan Kaum Berfikir 

Tahap Ketiga: Pengetahuan Mengenai Allah s.w.t. 

Tahap Keempat: Hakikat Cahaya

Tahap Kelima: Darjat Kenabiaan

Tahap Keenam: Hari Kebangkitan, Syurga dan Neraka 

Tahap Ketujuh: Kematian 

Kebahagiaan Itu Ada Dua: Mutlak dan Terikat

Nota Hujung

 

BUKU LIMA: CAHAYA ATAS CAHAYA (Misykat al-Anwar)

 

Pengenalan

Allah s.w.t. adalah Cahaya Sejati, Penyebutan Cahaya selain Cahaya-Nya hanyalah Kiasan yang Tiada Hakikatnya

Hakikat Cahaya

Hakikat segala Hakikat

Perumpamaan misykat, misbah, zujajah, syajarah, zait, dan nar

Paksi Pertama: Kaedah dan Rahsia Tamsil (Perumpamaan)

Paksi Kedua: Tingkatan Roh Manusia dan Tahap Cahayanya

Penjelasan Hadis Hijab Cahaya dan Kegelapan

Orang-orang yang Terhijab dengan Kegelapan

Kelompok yang Terhijab dengan Cahaya yang Disertai dengan Kegelapan

Mereka yang Terhijab oleh Cahaya Semata-mata

Nota Hujung

 

BUKU ENAM: JALAN PARA PENCARI TUHAN (Minhaj al-‘Arifin)

 

Pengenalan

Tiga Prinsip untuk Para Murid

Perihal Hukum-Hukum

Nota Hujung 

 

BUKU TUJUH: ETIKA DALAM BERAGAMA (Al-Adab fi al-Din)

 

Pengenalan 

Etika-etika dalam Beragama

Nota Hujung 

 

BUKU LAPAN: RISALAH TENTANG BURUNG  (Risalah al-Thair)

 

BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024