Buku

Turath - Kusangkakan Pahala, Rupanya Dosa

oleh Imam al-Ghazali

terjemahan oleh Muhammad Hasif Aiman Bin Zaihan

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-493-182-4

Kod Bar: 9786294931824

Muka Surat: 296

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Saiz (cm): 19.5 x 13.5

Tarikh Terbit: 31 Oct 2025

Kategori: Agama

Siri: Turath

BISAC: RELIGION / Islam / Rituals & Practice / General / Koran & Sacred Writings / Theology / History / Sunni / Sufi / Spirituality / Inspirational / Religious Intolerance, Persecution & Conflict / Ethics / Faith / Religion & Science / Philosophy / Leadership / Sexuality & Gender Studies / Religion, Politics & State (REL037030) (REL037000) (REL041000) (REL037060) (REL037010) (REL037050) (REL090000) (REL062000) (REL036000) (REL116000) (REL028000) (REL077000) (REL106000) (REL051000) (REL071000) (REL105000) (REL084000)

Imam al-Ghazali mengajak pembaca menelusuri jalan halus antara pahala dan dosa, antara keikhlasan dan keangkuhan yang tersembunyi di sebalik amal.

Buku ini adalah terjemahan terpilih daripada karya agung Imam al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din. Naskhah ini menyingkap tipu daya jiwa yang sering menyangka dirinya suci, sedang hakikatnya masih terbelenggu oleh nafsu dan rasa bangga yang halus.

Kusangkakan Pahala, Rupanya Dosa hadir sebagai tafsiran kehidupan yang mengajak kita menatap cermin hati dengan jujur. Setiap helaian menghadirkan renungan mendalam tentang makna ibadah, ilmu dan ketundukan sebenar di sisi Tuhan.

Dengan gaya moden yang lembut dan berjiwa, karya ini menjadi jambatan antara hikmah silam dan pencarian insan masa kini. Membaca Imam al-Ghazali bagaikan menyelam ke dasar diri sendiri, mencari cahaya yang lama tersembunyi di sebalik kabus amal yang menipu pandangan mata.

KANDUNGAN

 

PETA BUKU

PENGANTAR PENERBIT

PENGANTAR EDITOR 

PENGANTAR PENULIS

 

PENGENALAN: ORANG YANG TERPEDAYA SANGAT DICELA: HAKIKAT DAN CONTOH-CONTOHNYA

 

  • Tipu Daya dalam Kalangan Orang-Orang Kafir
  • Dua Teras Kepastian
  • Iman dan Pembenaran
  • Wahyu dan Ilham
  • Tipu Daya Terhadap Pelaku Maksiat dalam Kalangan Orang Mukmin

 

 

BAHAGIAN 1: ILMUWAN DAN ULAMA YANG TERPEDAYA

  • Golongan yang Menguasai Ilmu-Ilmu Hukum Syarak dan Rasional (Logik)
  • Tiga Jenis Tipu Daya Syaitan
  • Golongan yang Sesat dan Benar
  • Keadaan Mereka yang Terpedaya

 

BAHAGIAN 2: GOLONGAN YANG BANYAK BERAMAL DAN BERIBADAH YANG TERPEDAYA

  • Kelompok yang Mengabaikan Perkara-Perkara Wajib dalam Urusan Agama
  • Mereka yang Sudah Dikuasai oleh Bisikan-Bisikan yang Menghadirkan Rasa Was-Was 
    dalam Niat
  • Mereka yang Melakukan Ibadah Puasa
  • Mereka Terpedaya ketika Mengerjakan Ibadah Haji
  • Golongan Penguatkuasa yang Menjalankan Aktiviti Suruhan ke Arah Kebaikan dan Cegahan terhadap Kemungkaran
  • Sekelompok yang Menjauhkan Diri Mereka daripada Harta
  • Golongan yang Menyibukkan Diri dengan Isu-Isu Mazhab seperti Perselisihan (Khilaf) Pandangan dalam Bidang Fiqh

 

 

BAHAGIAN 3: GOLONGAN SUFI YANG TERPEDAYA

  • Wanita dan Baju Perisai Besi
  • Golongan yang Mendakwa Memahami Ilmu Makrifat
  • Golongan yang Mengaku Soleh Tanpa Memahami Hakikat Kesolehan Melalui Neraca Ilmu
  • Kelompok yang Terhenti pada Ketakjuban

 

 

BAHAGIAN 4: PARA HARTAWAN YANG TERPEDAYA

  • Membina Istana dari Harta yang Haram
  • Susah Hati Nama Tidak Terpahat pada Binaan
  • Terpedaya dengan Keseronokan Membina Masjid
  • Suka Bersedekah kepada Orang Miskin di Hadapan Khalayak Ramai
  • Menyimpan Harta kerana Kedekut
  • Tiga Perkara Utama yang Menyelamatkan: Akal, Ilmu dan Makrifat
Judul: Turath - Kusangkakan Pahala, Rupanya Dosa
Penulis: Imam al-Ghazali
Penterjemah: Muhammad Hasif Aiman Bin Zaihan
ISBN: 978-629-493-182-4
Harga: RM 30.00
Kusangkakan Pahala Rupanya Dosa, buku Islamik, buku agama PTS, muhasabah diri, amalan jadi dosa bahaya riak, ujub dan takabbur, memperbetulkan niat, dosa tanpa sedar, tasbih dan mengumpat, adab membaca al-Quran, tazkiyah al-nafs, refleksi amalan harian, peringatan akhirat, hisab sebelum dihisab amalan yang disangka pahala tetapi menjadi dosa, kesilapan dalam beribadah tanpa sedar, kepentingan menjaga niat dalam Islam, muhasabah sebelum terlambat, buku motivasi rohani Islam Malaysia

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026