Buku

The First 90 Days (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Michael D. Watkins

terjemahan oleh Nur Ain Zolkefli

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-011-7

Kod Bar: 9786294930117

Muka Surat: 352

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 24 Jul 2024

Kategori:

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / Management (BUS041000)

Adakah anda baru sahaja mendapat kenaikan pangkat atau sedang dalam fasa peralihan peranan kepimpinan di syarikat baru?

Tahniah! Langkah kerjaya ini pasti memberi tawaran ganjaran yang lumayan buat anda, namun boleh juga menjadi antara fasa peralihan pekerjaan yang paling sukar untuk anda hadapi. Percayalah, buku ini sememangnya untuk anda.

"The First 90 Days" oleh Michael Watkins menjelaskan betapa kritikalnya 90 hari pertama dengan pekerjaan kepimpinan baru, serta menawarkan peta jalan dan strategi bagi mereka yang sedang menghadapi fasa peralihan kepimpinan profesional.

Michael Watkins adalah pakar kepimpinan dan perundingan yang terkenal. Beliau adalah Profesor Kepimpinan dan Perubahan Organisasi di IMD Business School, pengasas bersama Genesis Advisers, dan mempunyai dua dekad pengalaman bekerja dalam bidang kepimpinan.

Kandungan 
Kata Pengantar bagi Edisi Ulang Tahun ke-10 xi 


Pengenalan: 90 Hari Pertama  

Mengapa tempoh peralihan adalah waktu paling kritikal. Bagaimana pemimpin baharu boleh memimpin secara efektif. Membina kecekapan peralihan kerjaya. Menilai risiko peralihan dalam mengambil peranan baharu. 

1. Persiapkan Diri Anda  

Mengapa ada orang gagal memutuskan hubungan secara mental dari pekerjaan lama mereka. Bersedia untuk mengambil alih peranan baharu. Memahami cabaran promosi dan orientasi. Menilai keutamaan dan kelemahan. 

2. Percepatkan Pembelajaran Anda 

 Pembelajaran sebagai proses pelaburan. Merancang untuk belajar. Mencari sumber wawasan yang terbaik. Menggunakan kaedah berstruktur untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

3. Padankan Strategi dengan Situasi 

Bahaya pemikiran “satu-cara-terbaik.” Mendiagnosis keadaan untuk membangunkan strategi yang betul. Model STARS bagi jenis peralihan. Menggunakan model itu untuk menganalisis portfolio dan memimpin perubahan. 

4. Merundingkan Kejayaan 

Membina hubungan kerja yang produktif dengan bos baharu. Kerangka lima-perbualan. Menentukan jangkaan. Bersetuju pada diagnosis keadaan. Memikirkan cara untuk bekerjasama. Berunding untuk mendapatkan sumber. Menyusun rancangan 90 hari anda. 

5. Memperoleh Kemenangan Awal 

Mengelakkan perangkap biasa. Memikirkan keutamaan perkara teratas. Mewujudkan visi yang menarik. Membina kredibiliti peribadi. Mula meningkatkan prestasi organisasi. Rancang-kemudian-laksanakan perubahan berbanding pembelajaran kolektif. 

6. Mencapai Kesejahteraan 

Peranan ketua sebagai arkitek organisasi. Mengenal pasti punca prestasi yang lemah. Menyelaraskan strategi, struktur, sistem, kemahiran dan budaya. 

7. Membina Pasukan Anda 

Menerima pasukan dan mengubahnya. Menguruskan ketegangan antara matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Penyusunan semula pasukan kerja dan isu seni bina organisasi secara serentak. Proses meletakkan pasukan baharu.

8. Mencipta Pakatan 

Perangkap kepada pemikiran bahawa kuasa sudah mencukupi. Mengenal pasti sokongan siapa yang kritikal. Pemetaan rangkaian pengaruh dan corak penghormatan. Mengubah persepsi minat dan alternatif. 

9. Menguruskan Diri Anda 

Bagaimana pemimpin boleh terjebak dalam kitaran ganas. Tiga tunjang bagi kecekapan diri. Mewujudkan dan mengukuhkan disiplin peribadi. Membina rangkaian nasihat-dan-kaunseling. 

10. Mempercepatkan Semua Orang 

Mengapa tidak banyak syarikat yang fokus kepada mempercepatkan peralihan. Peluang untuk menginstitusikan rangka kerja bersama. Menggunakan rangka kerja untuk mempercepatkan pembangunan pasukan, membangunkan pemimpin berpotensi tinggi, menyepadukan pemerolehan dan mengukuhkan perancangan penggantian. 

Nota Hujung 

Tentang Penulis 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024