Tip Menangani Buli Di Sekolah
oleh Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad


Versi Cetak

RM 22.5

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 25.5
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat: 236

ISBN-13: 978-983-3586-54-7

ISBN-10: 983-3586-54-6

Tarikh Terbit: 19 Nov 2007

PTS Publishing House


Versi eBook

Terdapat banyak pendekatan yang sudah diambil, tetapi situasi buli dan gengsterisme masih berlaku. Kita boleh mengambil pendekatan menghukum pelajar secara fizikal termasuk membuang mereka dari sekolah. Bagaimanapun, itu hanyalah tindakan jangka masa pendek. Mereka yang dikenakan hukuman mungkin akan tercicir dari sistem persekolahan dan bakal menimbulkan masalah lain pula dalam negara. Mereka juga mungkin terjejas secara psikologi dan menjadi bertambah ganas. Pada masa yang sama, mereka yang dibuli mungkin hilang keyakinan diri ataupun ada yang bertukar menjadi pembuli pula. Semua pihak perlu terima hakikat bahawa usaha bagi menghapuskan gejala buli bukan mudah dan akan mengambil masa, lebih-lebih lagi jika sikap suka membuli ini bermula dari rumah. Lebih sukar lagi jika pelajar yang terlibat terlalu liar. Kajian-kajian mengenai buli dimuatkan dalam buku bagi memaklumkan kepada pembaca mengenai buli secara lebih terperinci. Buku ini mengandungi 9 bab dan memuatkan cara bagi mengurangkan gejala buli seperti Program Anti Buli yang bertujuan memupuk kesedaran murid tentang perbuatan buli serta Program Kemahiran Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Berisiko Tinggi yang dikhususkan kepada guru bimbingan dan kaunseling. Buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang berminat hendak mengkaji buli. Begitu juga ia berfaedah kepada kaunselor-kaunselor sekolah, ibu bapa, pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berminat hendak mengetahui buli dengan lebih mendalam mengenai buli. Semoga buku ini menjadi titik permulaan kepada para penyelidik bagi mencari dan memahami apa buli itu sebenar.

Prakata


Bab 1 : Tingkah Laku Distruptif
Bab 2 : Memahami Tingkah Laku Buli
Bab 3 : Pengaruh Perlakuan Buli di Kalangan Remaja
Bab 4 : Implikasi Buli
Bab 5 : Teori Perkaitan Perlakuan Buli
Bab 6 : Intervensi dan Pencegahan Buli
Bab 7 : Fenomena Buli dan Keselamatan Pelajar
di Sekolah
Bab 8 : Gengsterisme
Bab 9 : Ciri-ciri, Aktiviti dan Intervensi Gengsterisme
Rujukan
Indeks

Buku Berkaitan

Berita


Errata