Buku

YASIN, Tahlil & Doa - Pink (2018)

oleh PTS Publishing House

RM 1.50 / RM 2.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-481-217-1

Muka Surat: 56

Saiz: -

Tarikh Terbit: 2 Oct 2018

Yasin Tahlil & Doa Edisi 2018

1. Yasin

2. Tahlil & doa

​Soalan 1

Mengapakah penulisan baris bawah di teks Al-Fatihah dalam Yasin ini terus di bawah sabdu dan bukan di bawah huruf. Ini akan mengelirukan pembaca. Apakah rasional penerbit menggunakan pendekatan baris bawah terus di bawah sabdu itu?

Jawapan 1

1. Rujukan penulisan Quran di Malaysia adalah bersumber dari Saudi melalui font penulisan oleh King Fahd Glorious Qur’an Printing Complex (KPGQPC). Ini adalah rujukan yang digunakan oleh autoriti Quran di Malaysia iaitu Jakim.

2. Font teks Quran yang digunakan di bawah KPGQPC ini ada dua iaitu Uthmanic Script Hafs dan Uthman Taha.

3. Gaya penulisan biasa iaitu baris bawah di bawah huruf adalah font penulisan Uthmanic Script Hafs. Ini digunakan pada kebanyakan penerbitan Quran di Malaysia bagi rasm Uthmani kerana sistem pembelajaran sekolah menggunakan kaedah ini.

4. Gaya penulisan baris bawah di bawah sabdu dan bukan di bawah huruf adalah font penulisan Uthman Taha. Gaya penulisan seperti ini juga digunakan di Malaysia namun tidak secara meluas. Ia tetap dibaca sebagai baris bawah kerana diletakkan di bawah sabdu.

5. Penulisan teks surah fatihah dalam buku yasin yang dirujuk itu adalah edisi lama dan kami sudah pun mengubah pada yasin edisi baharu kerana ada pembaca yang terkeliru kerana tidak maklum mengenai teknikal perbezaan penggunaan font sedangkan kedua-duanya membawa maksud pembacaan yang sama.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024