Ebook

Adil Di Puncak Takhta: Umar Abdul Aziz

oleh Ibnu al-Jauzi

RM 30.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786294932395

Tarikh Terbit: 18 Feb 2026

BISAC: BIOGRAPHY & AUTOBIOGRAPHY / Religious (BIO018000)
COMICS & GRAPHIC NOVELS / Reference, Guides & Companions (CGN015000)
RELIGION / Islam / History (REL037010)
RELIGION / Leadership (REL071000)

Dalam usia tidak sampai empat puluh tahun dan memerintah cuma dua tahun lima bulan, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan jejak kepemimpinan yang terus disebut sebagai "sebaik-baik manusia pada zamannya" oleh para ulama. Beliau membentuk pemerintahannya dengan ilmu, memurnikan jiwanya dengan taubat, dan menegakkan keadilan sehingga rakyat merasai keamanan yang jarang disaksikan dalam sejarah Bani Umayyah.

Buku ini menyingkap genius sebenar Umar: bagaimana didikan

awalnya membina jiwa pemimpin, bagaimana kezuhudan memandu setiap keputusan, dan bagaimana kecerdasannya menarik manusia kepada kebenaran tanpa paksaan. Kita melihat seorang khalifah yang menolak kemewahan demi amanah, menangis kerana takutkan Hari Kiamat, mengubah dasar negara dengan hikmah, dan mendidik rakyat sedikit demi sedikit seperti menjinakkan kuda liar.

Inilah kisah seorang pemerintah yang solatnya menyerupai solat Rasulullah, ilmunya menjadi rujukan ulama, dan keadilannya menghidupkan kembali roh pemerintahan Islam.

Umar Abdul Aziz ialah potret seorang pemimpin yang menakluk dunia bukan dengan pedang, tetapi dengan takwa, akhlak dan kejernihan hati.

Kata Pengantar 
Pengantar Penerbit 
Pengantar Editor 
Bab 1:Perjalanan Hidup Umar Bin Abdul Aziz 

Kelahiran Umar bin Abdul Aziz 
Perjalanan Umar Bin Abdul Aziz dalam Menuntut Ilmu, Bertanya dan Berkongsi Pandangan dengan Para Ulama 
Sebahagian Hadis yang Diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz daripada Rasulullah SAW
Keluasan Ilmu, Kefasihan dan Pujian Orang Terhadap Umar bin Abdul Aziz 
Penyaksian Rasulullah Terhadapnya Bahawa Dia Adalah Sebaik-Baik Manusia pada Zamannya 
Jatuh Sakit dan Kewafatan Umar Bin Abdul Aziz 
Tarikh Wafat, Umur dan Tempat Pemakaman Umar bin Abdul Aziz 
Nota Hujung 

Bab 2: Kepribadian dan Akhlak Umar Bin Abdul Aziz 
Kezuhudan Umar bin Abdul Aziz 
Kedermawanan Umar bin Abdul Aziz 
Kewarakan Umar Abdul Aziz 
Sikap Sabar dan Pemaaf Umar bin Abdul Aziz 
Ibadah dan Ketekunan Umar bin Abdul Aziz 
Kesedihan dan Tangisan Umar bin Abdul Aziz 
Rasa takut Umar bin Abdul Aziz kepada Allah 
Nota Hujung 

Bab 3: Berharga Umar Bin Abdul Aziz 

Sesiapa yang ingin bersahabat dengan kami, hendaklah bersahabat dengan lima perkara 
Khutbah Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah 
Nota Hujung

Bab 4: Keadilan, Konflik dan Kebijaksanaan Umar Bin Abdul Aziz dalam Pemerintahan 

Kisah yang Diceritakan Orang Semasa Perlantikannya sebagai Khalifah 
Keadilan Umar bin Abdul Aziz dalam Mengadili Kes 
Keprihatinan Umar bin Abdul Aziz terhadap Para Pegawainya dan Surat-Menyuratnya dalam Menegakkan Keadilan 
Ketidakpuasan Bani Marwan terhadap Keadilan Umar dan Jawapannya 
Nota Hujung 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026