Dalam usia tidak sampai empat puluh tahun dan memerintah cuma dua tahun lima bulan, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan jejak kepemimpinan yang terus disebut sebagai "sebaik-baik manusia pada zamannya" oleh para ulama. Beliau membentuk pemerintahannya dengan ilmu, memurnikan jiwanya dengan taubat, dan menegakkan keadilan sehingga rakyat merasai keamanan yang jarang disaksikan dalam sejarah Bani Umayyah.
Buku ini menyingkap genius sebenar Umar: bagaimana didikan
awalnya membina jiwa pemimpin, bagaimana kezuhudan memandu setiap keputusan, dan bagaimana kecerdasannya menarik manusia kepada kebenaran tanpa paksaan. Kita melihat seorang khalifah yang menolak kemewahan demi amanah, menangis kerana takutkan Hari Kiamat, mengubah dasar negara dengan hikmah, dan mendidik rakyat sedikit demi sedikit seperti menjinakkan kuda liar.
Inilah kisah seorang pemerintah yang solatnya menyerupai solat Rasulullah, ilmunya menjadi rujukan ulama, dan keadilannya menghidupkan kembali roh pemerintahan Islam.
Umar Abdul Aziz ialah potret seorang pemimpin yang menakluk dunia bukan dengan pedang, tetapi dengan takwa, akhlak dan kejernihan hati.
Kata Pengantar Pengantar Penerbit Pengantar Editor Bab 1:Perjalanan Hidup Umar Bin Abdul Aziz
Kelahiran Umar bin Abdul Aziz Perjalanan Umar Bin Abdul Aziz dalam Menuntut Ilmu, Bertanya dan Berkongsi Pandangan dengan Para Ulama Sebahagian Hadis yang Diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz daripada Rasulullah SAW Keluasan Ilmu, Kefasihan dan Pujian Orang Terhadap Umar bin Abdul Aziz Penyaksian Rasulullah Terhadapnya Bahawa Dia Adalah Sebaik-Baik Manusia pada Zamannya Jatuh Sakit dan Kewafatan Umar Bin Abdul Aziz Tarikh Wafat, Umur dan Tempat Pemakaman Umar bin Abdul Aziz Nota Hujung
Bab 2: Kepribadian dan Akhlak Umar Bin Abdul Aziz Kezuhudan Umar bin Abdul Aziz Kedermawanan Umar bin Abdul Aziz Kewarakan Umar Abdul Aziz Sikap Sabar dan Pemaaf Umar bin Abdul Aziz Ibadah dan Ketekunan Umar bin Abdul Aziz Kesedihan dan Tangisan Umar bin Abdul Aziz Rasa takut Umar bin Abdul Aziz kepada Allah Nota Hujung
Bab 3: Berharga Umar Bin Abdul Aziz
Sesiapa yang ingin bersahabat dengan kami, hendaklah bersahabat dengan lima perkara Khutbah Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah Nota Hujung
Bab 4: Keadilan, Konflik dan Kebijaksanaan Umar Bin Abdul Aziz dalam Pemerintahan
Kisah yang Diceritakan Orang Semasa Perlantikannya sebagai Khalifah Keadilan Umar bin Abdul Aziz dalam Mengadili Kes Keprihatinan Umar bin Abdul Aziz terhadap Para Pegawainya dan Surat-Menyuratnya dalam Menegakkan Keadilan Ketidakpuasan Bani Marwan terhadap Keadilan Umar dan Jawapannya Nota Hujung
Judul: Turath - Adil Di Puncak Takhta: Umar Abdul Aziz Penulis: Ibnu al-Jauzi Penterjemah: Mohamad Firdaus Mohamad Izam Suhaimi
ISBN: 978-629-493-207-4 Harga: RM 30.00