Buku

Turath - Membujur Lalu, Melintang Patah: Keteguhan Prinsip Imam Ahmad Menghadapi Pemerintah Demi Sebuah Kebenaran

oleh Ibnu al-Jauzi

terjemahan oleh Firdaus Izam Suhaimi

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-493-218-0

Kod Bar: 9786294932180

Muka Surat: 256

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Saiz (cm): 19.5 x 13.5

Tarikh Terbit: 23 Feb 2026

Siri: Turath

BISAC: BIOGRAPHY & AUTOBIOGRAPHY / Religious / RELIGION / Islam / Rituals & Practice / Theology / History / Sunni / Spirituality (BIO018000) (REL037030) (REL037060) (REL037010) (REL037050) (REL062000)

Karya ini berusaha bagi mengangkat nilai hidup dan sisi-sisi perjuangan seorang Imam mazhab yang menjadi panutan bagi umat Islam. Dari kisah Imam Ahmad, pembaca dapat menilai bagaimana peribadi beragama yang sebenar.

Berlatarkan era kurun awal Islam, Imam Ahmad hidup semasa pemerintahan Abbasiyah. Dari kelahirannya pada 164 Hijrah hingga wafatnya pada 241 Hijrah. Beliau merentasi beberapa khalifah seperti Harun al-Rashid, al-Ma’mun, al-Mu‘tasim, al-Wathiq dan al-Mutawakkil.

Pembaca akan dibawa melalui pengalaman-pengalaman yang paling penting dalam sejarah beliau iaitu pada zaman al-Ma’mun hingga al-Wathiq. Ketika itulah, kemuncak ujian yang dilalui oleh Imam Ahmad apabila dipenjara, disebat dan dibiarkan hidup terseksa hanya kerana menolak untuk tunduk kepada kekufuran.

Jika pembaca mencari apakah karakter dan nilai yang patut menjadi hiasan seorang Muslim, maka anda akan menemuinya melalui susuk peribadi Imam Ahmad.

SENARAI KANDUNGAN

Peta Buku 
Pengantar Penerbit
Pengantar Editor

BAB 1: LATAR BELAKANG IMAM AHMAD BIN HANBAL

  1. Kelahiran dan Asal-Usulnya
  2. Keturunannya
  3. Zaman kanak-kanaknya
  4. Pengembaraan Imam Ahmad dalam menimba ilmu
  5. Para ulama terkemuka yang menjadi guru kepada Imam Ahmad dalam ilmu periwayatan hadis
  6. Demi memuliakan ilmu, kesopanan Imam Ahmad terserlah di hadapan para gurunya
  7. Motivasi dan semangatnya yang jitu terhadap ilmu
  8. Daya ingatan Imam Ahmad
  9. Keluasan kemantapan kefahaman ilmu dan aspek fiqh beliau
  10. Imam Ahmad jatuh sakit
  11. Keadaan Imam Ahmad ketika nazak

 

BAB 2: AKIDAH, PEGANGAN, FATWA DAN KARYA IMAM AHMAD

  1. Pegangan keimanannya
  2. Pegangannya mengenai al-Quran
  3. Pegangannya mengenai sifat-sifat Allah
  4. Pegangannya terhadap ilmu Kalam dan ahlinya
  5. Pegangannya mengenai ahli bidaah daripada aliran Jahmiyyah, Lafziyyah, Waqifah, dan Qadariyyah
  6. Imam Ahmad mengutamakan para sahabat
  7. Mengutamakan Uthman r.a. daripada Ali r.a.
  8. Pendapatnya mengenai Ali r.a. dan keturunan Nabi s.a.w.
  9. Pendapatnya mengenai pertelingkahan antara para sahabat  
  10. Pendapatnya mengenai aliran Syiah Rafidhah
  11. Asas Pegangan Imam Ahmad
  12. Pegangannya kepada Sunnah dan Athar (ucapan Sahabat dan Tabiin)
  13. Memuliakan ahli sunnah dan ulama hadis
  14. Penentangannya terhadap ahli bidaah, larangannya untuk bercakap dengan mereka dan celaan beliau terhadap mereka
  15. Imam Ahmad mengambil berkat (tabarruk) dan merawat menggunakan al-Quran, air zamzam, rambut Nabi s.a.w. dan mangkuk baginda
  16. Waktu beliau mula meriwayatkan hadis dan memberi fatwa
  17. Gigih dalam menyampaikan ilmu dan mengejar keikhlasan
  18. Karya-karya Imam Ahmad
  19. Imam Ahmad tidak suka menyusun buku penulisan kitab-kitab yang mencakupi pendapat semata-mata

 

 

 

BAB 3: KEPERIBADIAN DAN SIFAT IMAM AHMAD

  1. Sifat, rupa paras dan wataknya
  2. Kewibawaannya
  3. Kebersihan dan kesuciannya
  4. Kelembutan akhlak dan interaksinya yang mesra
  5. Betapa lembut dan pemaafnya Imam Ahmad
  6. Harta dan kehidupannya
  7. Menjauhkan diri daripada harta orang dan menahan nafsu serta memutuskan selera terhadapnya
  8. Kemurahan hati dan kedermawanannya
  9. Menerima hadiah dan membalas budi orang lain
  10. Imam Ahmad seorang yang zuhud
  11. Ciri-ciri rumah Imam Ahmad dan peralatan di dalamnya
  12. Tempat makan Imam Ahmad
  13. Berlembut dengan dirinya sendiri
  14. Pakaian Imam Ahmad
  15. Terkenal sebagai tokoh yang warak
  16. Keengganannya menjadi pemerintah
  17. Cenderung kepada kemiskinan dan mencintai golongan miskin
  18. Alangkah tawaduknya Imam Ahmad
  19. Betapa takutnya Imam Ahmad kepada Allah s.w.t.
  20. Keresahan dan kebimbangan selalu melanda hatinya

 

BAB 4: MENGHADAPI CABARAN DAN MENONGKAH ARUS AKIDAH MUKTAZILAH

  1. Bermulanya ujian dan punca kejadiannya
  2. Kisah Imam Ahmad bersama al-Ma’mun
  3. Kejadian yang berlaku pada Imam Ahmad selepas kematian al-Ma’mun
  4. Pengalamannya bersama al-Mu’tasim
  5. Kesabaran Imam Ahmad yang sukar ditandingi
  6. Bagaimanakah beliau meninggalkan rumah al-Mu'tasim
Judul: Turath - Membujur Lalu, Melintang Patah: Keteguhan Prinsip Imam Ahmad Menghadapi Pemerintah Demi Sebuah Kebenaran
Penulis: Ibnu al-Jauzi
Penterjemah: Firdaus Izam Suhaimi
ISBN: 978-629-493-218-0
Harga: RM 30.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026