Ebook

Arsène Lupin: The Crystal Stopper – Edisi Bahasa Melayu

oleh Maurice Leblanc

RM 28.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9789673696673

Tarikh Terbit: 22 Dec 2022

Imprint: Penerbit-X

Dua orang rakan Lupin, Gilbert dan Vaucheray ditangkap atas tuduhan membunuh semasa mereka memecah masuk kediaman seorang ahli majlis bandaran bernama Daubrecq. Mereka akan menerima hukuman pancung jika perbicaraan tidak memihak kepada mereka. Lupin sedaya upaya cuba membebaskan mereka kerana dia tahu, salah seorang daripada mereka tidak bersalah. Namun, Lupin bingung apabila mengetahui sasaran kedua-dua mereka di dalam kediaman itu adalah sebiji penyumbat botol kaca yang jernih seperti kristal.

Setelah melakukan siasatan, Arsène Lupin mendapati Daubrecq adalah seorang pemeras ugut kejam yang menyimpan banyak rahsia. Apakah kaitan penyumbat botol kristal itu dengan Daubrecq dan kenapa Gilbert sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkan penyumbat botol itu?

Kehadiran seorang wanita misteri yang menjadi penghalang usaha Lupin membuatkan keadaan bertambah rumit. Siapakah wanita ini? Apakah hubungannya dengan Daubrecq? Berjayakah Arsène Lupin menyelamatkan Gilbert dan Vaucheray daripada hukuman gilotin?

.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024