Ebook

The Art of Self-Leadership

oleh Syamsul Amri A Razak

RM 30.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786294930445

Tarikh Terbit: 18 Apr 2024

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / Leadership (BUS071000)

“Saya bukan seorang ketua. Saya tidak berminat menjadi pemimpin.”

“Saya dipaksa menjadi ketua. Bagaimana saya harus bermula?”

“Sudah lama saya menjadi ketua. Tetapi semakin lama, saya rasa semakin banyak yang saya perlu pelajari tentang ilmu kepimpinan”

Menyentuh aspek kepimpinan, umum cenderung membayangkan posisi ketua atau pemimpin pasukan, organisasi, negara bahkan dunia. Satu topik sentiasa malar segar untuk dikaji dan dibincang.

Pengarang mengusulkan naratif kepimpinan mesti bermula dengan diri sendiri, maka beliau merincikan bagaimana langkah-demi-langkah membentuk kendiri sebagai pemimpin yang berwibawa. Terdapat 5 bahagian utama topik yang dihuraikan melalui sub-topik yang bertujuan menggali potensi diri sekali gus membimbing hal-hal kepimpinan.

Satu bacaan bersesuaian untuk bakal memimpin ataupun sudah memimpin tanpa mengira latar pendidikan dan pekerjaan. Pengkhususan ilmu dan adab kepimpinan yang mudah difahami berserta contoh relevan, dapat dipraktikkan secara langsung dalam kehidupan harian anda.

Prakata

Mukadimah

Bahagian 1: Kepimpinan dan Kepengikutan

Bab 1: Memberi Takrifan Kepimpinan dan Kepengikutan

Bab 2: Di Mana ia Bermula dan Berakhir

Bab 3: Seorang Ketua atau Seorang Pengurus dan Apa yang Perlu?

Bab 4: Mitos Tentang Kepimpinan dan Kepengikutan

Bab 5: Bagaimana Saya Memulakannya?

Bahagian 2: Memimpin Diri: Apa yang Utama

Bab 1: Mencirikan Model

Bab 2: Pantang Larang dalam Memimpin

Bab 3: Kaitan Jawatan dengan Ciri Peribadi

Bab 4: Saya Tiada Pekerja

Bab 5: Bagaimana Saya Memulakannya?

Bahagian 3: Bersoal Jawab Tentang Pengaruh

Bab 1: Pengaruh dan Dipengaruhi

Bab 2: Karismatik dan Kredibel: Adakah ia Penting?

Bab 3: Tarikh Akhir Daya Pengaruh

Bab 4: Senarai Semak

Bab 5: Bagaimana Saya Memulakannya?

Bahagian 4: Risiko Memimpin Diri

Bab 1: Takrifan Risiko Memimpin Diri

Bab 2: Pintar Budaya Satu Modal Kendiri

Bab 3: Adakah Risiko Rendah dalam Memimpin Diri?

Bab 4: Risiko yang Diurus dan Dipindah

Bab 5: Bagaimana Saya Memulakannya?

Bahagian 5: Kaedah Memimpin Diri dengan Ilmu dan Adab

Bab 1: Memimpin dengan Mendengar Memahami Diri

Bab 2: Peranan Adab dalam Memimpin Diri

Bab 3: Melakukan Apa yang Perlu atau Apa yang Betul?

Bab 4: Masa Sebagai Alat Kerja yang Utama

Bab 5: Bagaimana Saya Memulakannya?

Khas: Pemimpin dan Integriti

Penutup

 

Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024