Ebook

Turath - Ya Allah Izinkan Aku Kembali: Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri

oleh Ibnu al-Jauzi, Ibnu Juzay, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, Ibnu al-Jazari

RM 30.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786294932845

Tarikh Terbit: 8 May 2026

BISAC: RELIGION / Islam / Rituals & Practice (REL037030)
RELIGION / Spirituality (REL062000)
RELIGION / Inspirational (REL036000)
SELF-HELP / Motivational & Inspirational (SEL021000)

Pernahkah kita rasa jauh daripada Allah, walaupun dahi masih mencecah sujud dan lisan masih menitip doa? Seolah-olah ada tembok yang menghalang kemanisan iman; sedang kita tahu Allah tidak pernah jauh, hanya kitalah yang perlu mula melangkah.

Buku ini adalah sebuah rangkaian proses untuk pulang menemui ketenangan hakiki. Ia tidak datang untuk menghukum, tetapi menemani jiwa yang lelah mencari jati diri sebenar. Intipati buku ini diadaptasi daripada karya agung empat imam besar sebagai panduan rohani yang membimbing kita melalui empat fasa transformasi jiwa:

  • Fasa Kesedaran: Menyingkap kelalaian hati dan muslihat dunia yang meragut ketajaman mata hati. (Sayd al-Khatir – Ibnu al-Jauzi)
  • Fasa Pemurnian: Membina semula hubungan dengan Ilahi melalui mujahadah serta kemanisan zikir dan tauhid. (Tasfiyat al-Qulub – Ibnu Juzay)
  • Fasa Penyembuhan: Merawat luka hati akibat dosa dan fitnah melalui penawar ilmu serta amal soleh. (Tibb al-Qulub – Ibnu al-Qayyim)
  • Fasa Persediaan: Mempersiapkan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak demi sebuah kepulangan yang indah ke sisi Ilahi. (Al-Zahr al-Fa’ih – Ibnu Al-Jazari)

Perubahan tidak perlu bermula dengan sempurna, cukup sekadar sebuah kejujuran. Kerana Allah sentiasa menunggu, dan langkah pertama untuk pulang... bermula di sini.

Isi Kandungan

Peta Buku

Pengantar Penerbit

Pengantar Editor

Bahagian 1 - Memburu Hikmah: Coretan Ibnu Al-Jauzi buat Hati yang Alpa

Peta Ringkas 

1. Kata Pengantar

2. Perbezaan Manusia Dalam Menerima Nasihat

3. Dunia Atau Akhirat, Manakah Yang Lebih Menarik?

4. Jangan Biar Kelazatan Maksiat Menjerat Kesudahanmu

5. Ilusi Indah Yang Memperdaya

6. Sikap Berwaspada Adalah Jalan Keselamatan

7. Jangan Berasa Bangga Melakukan Dosa

8. Tanda Kesempurnaan Akal

9. Cinta Yang Mendahului Segalanya

10. Jadikan Kematian Sempadan Pandanganmu

11. Tanganmu Yang Membelenggu Dirimu

12. Perbezaan Antara Ulama Dunia Dan Ulama Akhirat

13. Ubah Dirimu, Allah Ubah Hidupmu

14. Di Sebalik Kekeliruan Jiwa

15. Memanfaatkan Waktu

16. Mulianya Kekayaan Dan Hinanya Kefakiran

17. Keutamaan Yang Ada Di Dunia

18. Sesiapa Yang Menggembala Di Pinggir Larangan, Pasti Akan Terjerumus Ke Dalamnya

19. Neraca Keadilan Yang Tidak Pernah Silap

20. Jangan Melupakan Bahagian Kamu Di Dunia

21. Destinasi Roh Selepas Kematian

22. Akal Di Antara Taklif Dan Ketundukan Mutlak

Bahagian 2 - Murnikan Hati Demi Menggapai Cinta Ilahi

Peta Ringkas

23. Pengantar Penulis

24. Memahami Makna Tasawuf

25. Pencerahan Terhadap Maksud Basmalah 

26. Syukur Menambah Kemanisan Iman

27. Penutup

28. Menanam Takwa Sebagai Perisai Jiwa

29. Menghidupkan Cahaya Hati Dengan Zikir

30. Faedah Dan Kesan Mengamalkan Zikir

31. Indahnya Sabar Meniti Takdir

32. Mentauhidkan Allah Dalam Setiap Hembusan

33. Cinta Hamba Menuju Kasih Ilahi

34. Tawakkal: Menitipkan Lelah, Berserah Pada Tuhan

Bahagian 3 - Penawar Jiwa: Mengenali Hakikat Hati dan Merawat Luka Batin

Peta Ringkas

35. Pengantar Penulis

36. Kenali Penyakit Hati

37. Hati Dan Ujian Fitnah

38. Kesan Maksiat Terhadap Hati

39. Hakikat Penyakit Hati Dalam Al-Quran

40. Hati Manusia Tidak Sama Ketika Memberikan Respon Terhadap Perkara Yang Sama 

41. Punca-Punca Penyakit Hati

42. Cara Merawat Penyakit Hati

43. Jenis-Jenis Penawar Bagi Penyakit Hati: Mengikut Cara Semula Jadi Dan Perspektif Syarak 

44. Hati Yang Hidup Dan Bersinar Adalah Sumber Kepada Segala Kebaikan Dalam Diri, Manakala Hati Yang Mati Dan Gelap Adalah Punca Segala Keburukan

45. Kebahagiaan Dan Kesejahteraan Hati 

46. Hidupnya Hati Ialah Dengan Mengenal Dan Menginginkan Kebenaran

47. Mengenal Kebenaran Dan Mengikutinya 

48. Kebahagiaan Dan Persepsi Keseluruhan Mengenai Manfaat Dan Bahaya 

49. Kerinduan Di Dunia Dan Kenikmatan Melihat-Nya Di Akhirat 

50. Keperluan Hamba Untuk Beribadah Kepada Allah

51. Nikmat Teragung: Melihat Wajah Allah Di Akhirat 

52. Segala Rezeki, Pertolongan Dan Kekuasaan Mutlak Milik Allah 

53. Bergantung Kepada Selain Allah Menyebabkan Mudarat Di Dunia Dan Akhirat 

Bahagian 4 - Bunga Keinsafam: Haruman Jiwa yang Merindukan Syurga

Peta Ringkas 

54.Pengantar Penulis

55. Jauhilah Yang Haram

56. Bekalan Akhirat

57. Perhimpunan Pada Hari Kiamat

58. Muhasabahlah Dirimu 

59. Kenali Nilai Dirimu Di Sisi Allah

60. Bahaya Kelalaian

61. Larangan Zina Dan Akibatnya

62. Jagalah Pandanganmu

63.Jangan Melanggar Batas Perintah Allah

64. Karamah (Kemuliaan) Para Wali

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026