Errata Buku

Muka surat: 115

Pada muka 115, berlaku pengulangan deskripsi Kuala Ketil di tempat Mukim Tawar. Sepatutnya deskripsi untuk Mukim Tawar adalah:

Mukim Tawar:
Lokasi pertemuan Raja Bersiung dengan seorang bomoh untuk meminta air ‘tawar’ bagi meredakan sakit siungnya.

Muka surat: 81

Lampiran

Terdapat kesalahan pada buku 69 Doa dan Zikir Sahih, muka surat 81, iaitu pada Zikir 6, dalam ayat Al-Quran terpotong perkataan لا bagi ayat لا يكلف الله نفسا إلا وسعها.

Muka surat: 6

Terdapat pembetulan pada muka surat 6 berkenaan nama Malaikat iaitu

Malaikat Raqib dan Malaikat Atid. Pembetulannya adalah Malaikat Munkar
dan Nakir.

Muka surat: 38

Terdapat pembetulan pada muka surat 38 berkenaan tugas Malaikat Ridhwan.

Pembetulannya adalah malaikat Ridhwan ditugaskan menjaga syurga.

Muka surat: 26

Terdapat pembetulan pada muka surat 26 berkenaan huruf Hijaiah, (Dhad). Pembetulannya adalah Huruf Hijaiah (Zho).

Muka surat: 83

Buku ini mengandungi errata pada halaman 83: Ditaip:

اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي الْحَيُّ يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Sebetulnya ditulis begini:

اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Muka surat: 0

TIP 46: JAUHI ROKOK

“Ramai manusia merokok. Di Malaysia, harga rokok sentiasa meningkat hampir setiap kali bajet kerajaan dibentangkan. Namun, ia tidak menghalang mereka yang merokok meneruskan kegiatan merokok. Ramai yang cuba berhenti kerana harga rokok naik tetapi kebiasaannya tidak bertahan lama. Ramai juga yang cuba berhenti kerana leteran isteri, juga tidak mampu meneruskannya. Akhirnya berhenti sekejap kemudian kembali menjadi seorang perokok. Ia berulang-ulang.

Saya juga bekas perokok. Dulu-dulu, saya mulai hari dengan menyedut Lucky Strike tanpa penapis. Pall Mall, Malboro, Dunhill, Salem dan Camel adalah jenama rokok yang pernah saya sedut. Perokok tegar hampir 20 tahun. Saya benar-benar memahami betapa sukarnya membuang tabiat merokok. Dalam tempoh 20 tahun menjadi perokok, tidak kurang daripada lima kali saya cuba membuang tabiat tersebut. Ramai memberi petua, “Mulai pada bulan Ramadan, Insya Allah akan berjaya.” Ada juga yang menasihatkan, “Berhentilah secara beransur-ansur, lama kelamaan ia boleh
dihapuskan.” Saya tidak berjaya. Paling lama bertahan hanya sebulan.
Seolah-olah saya tidak mempunyai kekuatan. Malah saya membiarkan diri tanpa berusaha melawan keinginan merokok terutamanya apabila berada bersama sahabat handai yang juga kaki merokok.

Akhirnya, saya berhenti merokok enam bulan sebelum berlepas ke tanah suci. Bagaimana? Hati saya terdetik berhenti merokok apabila mendapat e-mel daripada adik sendiri,

“Abang, tahniah kerana dapat menunaikan fardu haji. Bagi mendapatkan haji yang mabrur, perkara wajib jangan ditinggal, yang sunat diperbanyakkan, perkara makruh jangan dibuat dan perkara haram hendaklah ditinggal.”

Kenyataan ringkas tetapi membuat saya berfikir. Lalu saya memilih “berhenti merokok” sebagai lambang meninggalkan perkara yang makruh. Ia tanda saya bersungguh-sungguh mahu menjadikan ibadat haji sebagai mengubah sempadan iman. Maksudnya, saya berjanji kepada Allah untuk tidak merokok lagi bukan atas sebab-sebab yang lain.

“Ya Allah, inilah janjiku kepadamu. Inilah tanda aku ingin berubah, ya Allah. Aku berhenti merokok ini semata-mata keranamu, ya Allah. Ya Allah, kau bantulah daku. Berikanlah kekuatan kepada ku.” Jika saya merenung diri, meneliti kembali proses menunaikan fardu haji yang saya alami, saya fikir ia banyak mengubah perjalanan kehidupan. Allah benar-benar memberi bantuan.

Alhamdulillah, sehingga kini janji itu masih dibantu Allah!

Menunai fardu haji bukan semata-mata melibatkan perhubungan manusia dengan Allah. Ia juga melibatkan perhubungan dengan alam, haiwan dan yang paling utama sesama manusia.

Bayangkan suasana Makkah yang padat dengan kebanjiran manusia pada musim haji. Bayangkan pula suasana bilik di hotel yang padat dengan rakan sebilik. Majoriti jemaah Malaysia berhadapan dengan bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang tetapi menjadi enam ataupun tujuh orang.

Kaki bertemu kaki. Kadangkala kepala bertemu kepala.

Bayangkan juga bagaimana bilik kita dipenuhi dengan mereka yang tua, berpenyakit dan memerlukan penafasan segar. Buat perokok, pertimbangkanlah keadaan yang saya catatkan di sini.

Jaga perhubungan sesama manusia. Usah merokok di bilik. Elakkan daripada campak puting rokok di dalam bilik air. Habuk-habuk jangan dijentik merata-rata.

Atau bagaimana jika kita berhenti merokok sejurus menjejakkan kaki di Kota Makkah ataupun Madinah. Ia mungkin menjadi kenangan yang kekal selamanya!

Rokok haram di Makkah. Walau bagaimanapun, ia mudah dicari ibarat membeli jubah atau abaya. Malah orang merokok tanpa segan silu. Langsung tidak memikirkan sekeliling mereka. Jika rokok makruh di Malaysia, haram di Makkah, dan ia memudarat dan menyusahkan ramai orang. Agak-agaknya, bagaimana nilai haji kita jika masih menghembuskan asap ke udara.

Tip kami, perubahan yang ingin dilakukan kerana Allah, tentunya dibantu oleh Allah yang maha berkuasa. Kekuatan melakukan perubahan hanya dapat dilakukan dengan kemahuan jitu yang diberi pertolongan olehnya.

Berdoalah dengan sesungguh doa.

Berhenti merokok boleh menjadi simbol utama yang kita serius ingin berubah!

Muka surat: 99

Tertulis: Malaikat Jibril menempatkan wahyu yang dikehendaki-Nya ke dalam hati Babi dengan keyakinan penuh wahyu itu berasal daripada Allah s.w.t.

Sepatutnya: Malaikat Jibril menempatkan wahyu yang dikehendaki-Nya ke dalam hati Nabi dengan keyakinan penuh wahyu itu berasal daripada Allah s.w.t.

Muka surat: viii

Halaman viii - Tiada tajuk ‘Rencana Ini pernah Disiarkan dalam Utusan Malaysia Pada’ pada halaman 66 seperti yang tertulis.

Muka surat: xxiii

Halaman xxiii - Kesalahan ayat Al-Quran (rujuk Surah Ali Imran, ayat 31 dan 32)

Muka surat: 80

Halaman 80 - Kesalahan ayat Al-Quran (rujuk Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Muka surat: 116

Halaman 116 - Surah As-Syura, ayat 20, bukan Surah Al-Qasas, ayat 20.

Muka surat: 99

Lampiran

Pada Bab 11, muka surat 99, perenggan akhir, ada ayat yang tidak lengkap. -’... al-Juhani, sudah tentu aku akan menyembelih leher Abu Jahal!”

Muka surat: 56

Lampiran

Errata m/s 56: Jawapan kepada soalan ‘Upah Haji untuk Ibu’

12

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024