Abdullah Sani Yahaya

Jawatan sekarang: Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kelulusan akademik:
1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama)
2. Ijazah Sarjana Pendidikan (perancangan & pengurusan pendidikan)
3. Doktor Falsafah (Linguistik)

Anugerah diterima:
1. PJK (Pingat Jaksa Bakti)
2. AMP (Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Perak(

Tempat lahir: Semanggol, Perak

Pengalaman: Pernah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah, menjawat jawatan penolong kanan sekolah, kemudian bertugas sebagai penolong pengarah di Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penerbitan buku: 1. Pendidikan di Malaysia (PTS P&D) 2. Perkembangan Pendidikan di Malaysia (PTS P&D) 3. Mengurus Sekolah (PTS P&D) 4. Mengurus Disiplin Pelajar (PTS P&D) 5. Mengurus Hal Ehwal Pelajar (PTS P&D) (akan terbit)