Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?
Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.
Menerusi buku The Definitive Book of Body Language, pembaca berpeluang mempelajari:
Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.
- Pengantar Penterjemah
- Pengiktirafan
- Pengenalan
- Memahami Asas Bahasa Badan
- Kuasa di Tangan Kita
- Keajaiban dalam Senyuman dan Ketawa
- Isyarat Lengan
- Perbezaan Budaya
- Gaya Tangan dan Ibu Jari
- Penilaian dan Isyarat Penipuan
- Isyarat Mata
- Penceroboh Ruang
- Bagaimana Sepasang Kaki Mendedahkan Apa yang Minda Kita Mahu Lakukan
- 13 Gaya Paling Biasa Kita Lihat Setiap Hari
- Memimik Gaya: Bagaimana Kita Membina Hubungan
- Rahsia di Sebalik Isyarat Rokok, Cermin Mata, dan Solekan
- Bagaimana Tubuh Badan Menunjukkan ke Mana Minda Mahu Pergi
- Pemilikan, Wilayah, dan Isyarat Ketinggian
- Penyusunan Tempat Duduk - Di Mana Kita akan Duduk dan Mengapa
- Temu Duga, Permainan Kuasa, dan Politik Pejabat
- Menghimpunkan Semuanya Bersama
Ben
Akan Terbit