931264_10201162700208807_62640766_n

Reja

Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.