Buku

Young Aisyah: Hari Fesyen

oleh Saridah Hamid, Reja

RM 24.00 / RM 27.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

ISBN: 978-967-366-158-9

Kod Bar: 9789673661589

Muka Surat: 160

Saiz (inci):

Saiz (cm):

Tarikh Terbit: 27 Aug 2012

Kategori: Islam, Kanak-Kanak

BISAC:

Umi, Aisyah belum baligh lagi. Lainlah dengan Kak Azie yang sudah baligh. Jadi, Aisyah belum wajib menutup aurat lagi, bukan?” tanya Aisyah Sofia. Dia baru berusia 10 tahun. Oleh itu, dia tidak faham mengapa dia juga perlu menutup aurat.

Puan Aminah merenung anaknya itu. Aisyah semakin bijak berfikir. Dia bersyukur kerana anaknya suka bertanya apabila tidak memahami sesuatu perkara.

“Ya, betul. Kamu belum belum baligh lagi. Tetapi, apa salahnya kamu mengamalkan apa yang disukai oleh Allah sejak kecil. Bak kata pepatah orang tua, 'alah bisa, tegal biasa'. Sekiranya kita sudah biasa menutup aurat, tidak susah untuk kita terus mengamalkannya sehingga tua. Kamu juga pasti tidak berasa kekok lagi menutup aurat. Sejak kecil lagi, kamu sudah mendapat pahala daripada Allah. Allah pasti suka, bukan?”

Aisyah Sofia mengangguk sambil tersenyum.

BAB 1    : Menutup Aurat

BAB 2    : Baju Kurung Warisan Budaya

BAB 3    : Baju Melayu Tampan Bergaya

BAB 4    : Gaun Labuh Menawan Hati

BAB 5    : Jubah pada Pagi Raya

BAB 6    : Pakaian Sukan Mengikut Syariat Islam

BAB 7    : Telekung Cantik Menghadap Allah

BAB 8    : Mari Buat Sendiri

BAB 9    : Surat Panjang Berkenaan Fesyen

BAB 10  : Blaus Labuh, Seluar Panjang 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025