Buku

Menunggumu di Pintu Syurga

oleh Linda Rafar, Bahruddin Bekri

RM 15.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-408-272-7

Muka Surat: 128

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 10 Sep 2014

Selama ini saya hanya dikenali sebagai seorang anak seni. Saya menyanyi dan saya berlakon. Lalu apabila disebutkan nama Linda Rafar, perkara pertama yang datang dalam fikiran orang lain, adalah seorang artis. Tidak lebih daripada itu.

Namun, sejujurnya, gelaran yang paling saya sukai, paling saya gemari bukanlah artis ataupun selebriti, tetapi saya paling suka adalah gelaran sebagai seorang ibu. Saya adalah ibu, dan saya berbangga dengan gelaran itu.

Lalu saya menuliskan kisah ini, bukan atas kapasiti saya sebagai seorang selebriti, tetapi sebagai seorang ibu yang kehilangan seorang anak. Memang bukan saya sahaja yang pernah merasai kehilangan anak, bukan sahaja seorang yang pernah melalui jalan pedih perih ini, tetapi tidak ramai yang berkongsi tentang ‘rasa’ itu, dan saya beranikan diri untuk berkongsi ‘rasa’, kerana dalam ‘rasa’ itu ada banyak perkara yang dapat dijadikan panduan, yang dapat dijadikan teladan, khasnya kepada ibu-ibu dan para bakal ibu. Ini kerana anak kita walaupun umurnya lebih muda daripada kita, belum tentu akan hidup jauh lebih lama daripada kita. Pedihnya pengalaman itu, saya fikir tidak akan hilang.

Tujuan kedua saya menuliskan buku ini untuk penghargaan kepada arwah Memen. Penghargaan bukan kerana dia anak saya, tetapi kisah-kisah selama dia masih hidup, sebenarnya menyentuh hati ramai manusia, yang sayangnya saya tidak sedar. Lalu pada ketika dia sudah tiada, barulah kisah demi kisah datang kepada saya. Kisah-kisah yang memberi hikmah kepada yang mahu mengambilkan hikmahnya.

Semoga, dengan buku ini, kita semua akan mendapatkan rahmat daripada Allah s.w.t.

Al-Fatihah.

—————————————-

Buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Ia diselitkan dengan gambar-gambar arwah semasa masih sihat sehingga saat-saat getir beliau sebelum dijemput Ilahi.

*Pada permulaan buku ini juga akan disertakan testimoni daripada rakan-rakan, guru, saudara mara dan kenalan arwah berkenaan arwah berserta gambar-gambar mereka bersama arwah.

Bahagian 1: Bahagian ini menceritakan tentang Memen. Siapa Memen dan bagaimana akhirnya Memen menemui Penciptanya.

Bahagian 2: Bahagian ini akan disampaikan dalam bentuk cerita pendek (cerpen), yang mana cerpen itu adalah inspirasi daripada kisah-kisah Memen. Kisah-kisah itu sangat memberi inspirasi, tetapi kami kekurangan detail peristiwa dan ia berlubang di sana-sini. Sayang sekiranya kisah-kisah itu diceritakan hanya satu perenggan. Sedangkan ia sangat bermanfaat bagi diulas lalu dan dipanjangkan menjadi sebuah cerita lengkap.

Bahagian 1:

- Siapa Memen

- Cita-Cita Memen

- Ajal yang Menjemput

- Sebelum Duka

- Sekolah

- Sakit

- Kanser

- Kerusi Roda

- Alternatif

- Beg Plastik

- Kemoterapi

- Wad

- Kemoterapi Ketiga

- Nafas Terakhir

- Yang Terlewat

- Ramai

- Yang Tertinggal

- Peminat Pemberi Semangat

- Saya yang Tertinggal

Bahagian 2:

- Ibu, Tumpangkan Kawan Memen

- Memen Mahu Jadi Hafiz

- Penjual Kuih

- Allah Tidak Sayang

- Pengawal Keselamatan

- Ibu

- Makan Tidak Lalu

- Saat Akhir

- Permintaan Terakhir

- Baju Merah

- Sedih Tidak Terpilih Nasyid

- Mama Menipu

- Ubat Alternatif

- Baca Yassin untuk Diri Sendiri

- Keluarga Tidak Bergaduh

- Raya yang Meriah

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024